Sabtu, Julai 29, 2006

TEATER : Wangi Jadi Saksi

Kalau mahu cari persoalan baru tentang kesudahan 'perlingkahan' antara Hang Tuah dan Hang Jebat, ia tidak ada dalam teater ini.

Teater Wangi Jadi Saksi yang dipentaskan di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka pada 27 Julai hingga 6 Ogos 2006 ini adalah naskah yang dikemaskini berbanding teater Saksi yang juga dipentaskan di Dewan Bahasa dan Pustaka beberapa tahun lepas.

Ini adalah kerana pengarah teater Wangi Jadi Saksi ini iaitu Uwei Hj Sa'ari juga terlibat dalam kolaborasi dalam pementasan Saksi bersama-sama Hariri Jalil, Rosdeen Suboh, Melissa Saila, Adlin Aman Ramlie dan Khir Rahman.

Tetapi beberapa penambahan watak telah melengkapkan naratif yang banyak ditinggalkan berbanding naskah Saksi iaitu Watak Bendahara (lakonan Dato' Rahim Razali) dan Masa (lakonan Sabri Yunus).

Selain itu, perubahan pemain watak Dang Wangi dan Pateh Karma Wijaya juga dilihat sebagai satu perubahan yang positif kerana peran Dang Wangi oleh Vanida Imran lebih cemerlang berbanding Melissa Saila, dan peran Pateh Karma Wijaya oleh Khalid Salleh berbanding Rusdeen Suboh.

Tetapi Watak Hang Tuah kali ini oleh Khir Rahman kurang menyerlah berbanding Adlin Aman Ramlie (yang datang menonton). Dan watak Hang Jebat yang ditinggalkan oleh Khir Rahman digantikan oleh Soffi Jikan yang lebih baik olahtubuhnya di atas pentas.

Dengarkan saja nama LeBrocquy Fraser Sdn Bhd dan beberapa warga asing dalam pembikinan teater di Malaysia (bukan dipentaskan di Istana Budaya!) membuatkan saya lebih-lebih terpanggil untuk menonton (walaupun tiketnya mahal) teater ini untuk menyaksikan teknikal dan ruang pentas produksi ini.

Walaupun pentas kosong tanpa hiasan yang menyemakkan, dan itulah ruang pentas di tangan pereka set luar (persamaan dengan teater 'Saturday Nite Never' di Istana Budaya). Penonton dapat membezakan di mana ruang Istana dan di mana ruang rumah Pateh Karma Wijaya walaupun tanpa adanya tanda tunjuk.

Dan selagi nama manusia (tak kira orang luar atau tempatan) tetap melakukan kesilapan. Dan teater ini tidak terlepas dari tidak melakukan kesilapan (walaupun kecil tidak menganggu perjalanan persembahan).

Secara keselurahan saya berpuas hati menonton , cuma saya tak jumpa kupasan baru dalam kesudahan 'perlingkahan' antara Hang Tuah dan Hang Jebat, dalam teater ini.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah kepada Sdr U-Wei atas pementasan Wangi Jadi Saksi! Akhirnya saya berjaya menikmati sebuah pementasan teater Melayu/tempatan. Hampir saya putus asa dalam mencari kepuasan daripada persembahan teater.

For yr info, I cuma orang biasa yg tiada ilmu teater. Jd penilaian dan pencarian kepuasan berdasarkan pancaindera dan minda yang biasa-biasa aje.

Mungkin ada baiknya juga begini. Byk karya yg jd hambar apabila dikupas sebegitu terperinci menggunakan ukuran-ukuran ilmuwan yg maha kritis.

Sbg penonton yg tiada ilmu di dada, izinkan saya memberikan "feedback" berdasarkan sensori semata-mata seperti berikut: Kenapa Tuah kurang karismatik? Adakah cara penuturan, gerak badan, physique nya yg not so lean and mean atau apa ... apa pun saya rasa his "lembab" ness from where I sit.

Sementara Jebat pula reminds me of a drug addict dgn tangan terketar-ketar. I cannot imagine that beautiful Dang Wangi pining for him. Saya bayangkan jika saya Dang Wangi, Jebat saya sgt intoxicating sehingga saya sanggup bersamanya dalam penderhakaannya. And bear his son and kill that villain and so on. Tapi Jebat ini lain sikit energy yg dipancarkannya. But I like him towards the end bila dia suruh Tuah tikam dia. (end of my horror?)

As for Dang Wangi, memang dia jelmaan all that's beatiful in a Malay woman ... petite, passionate dan lain-lain. Tapi I wish her voice dan penuturannya lebih melodic. Maybe, Vanida five years from now boleh menjadi seorang Dang Wangi dayang istana yg "enchanting" yg menawan "a rogue of a pahlawan".

Apa pun I enjoy the play.

All the best.

Tun Teja

ahmad berkata...

Ini teater pertama yang ditonton dengan duit sendiri.

Selalunya hanya diseludup masuk oleh teman di ASK :b

Duduk di tempat duduk atas.Tak dapat menonton pemuziknya.

Tak tahu kenapa Tuah macam tak cantik sangat lakonan dia di mata saya.

Lebih suka kepada Jebat dan Karma Wijaya.

P.S: Dapat baca sepenuhnya tulisan jawi di layar pada awal tayangan?