Budaya ghairah menonton diri sendiri bukan budaya baru. Kerana itu ramai budak-budak bodoh yang merakam aksi bogel mereka melalui video-camera dan kamera handphone.
Selain orang bodoh, marga biasa termasuk orang bijak pandai juga sebenarnya akan terpesona untuk melihat diri sendiri. Walaupun kita bukan fotogenik, kita sebenarnya akan teransang untuk melihat semula wajah kita yang telah dirakam.
Bukan saja melihat wajah dalam bentuk visual, dalam bentuk teks juga sama. Tanyalah kepada penulis-penulis yang telah menghantarkan esei-esei karangan mereka kepada editorial. Apabila editor sudah beritahu bahawa eseinya sudah diterbitkan, tentu dia akan selak majalah itu untuk membaca karyanya sendiri. Mengapa ini terjadi? Bukankah esei itu dia sendiri yang mengarangnya, kenapa mahu dibaca lagi?
Jawapannya (mungkin!) ialah kerana kita akan terpesona apabila melihat diri sendiri.
Kerana itu saya tak heran bila Menteri Kerja Raya dan Menteri Kesihatan menyelesaikan masalah mereka melalui televisyen, tidak dengan menyelesaikannya dalam rundingan meja bulat.
Begitu juga dengan Orang Nombor Satu dan bekas Bosnya. Begitu jugalah dengan yang lain-lain.
Mereka yang bijak pandai ini tidak terlepas dari rasa terpesona apabila menonton wajah sendiri di berita TV, agaknya.
Mazhab (Sosiologi) Pendidikan: Punca Kita Sukar Sependapat
2 hari yang lalu
1 ulasan:
good one!
Catat Ulasan