Jumaat, September 01, 2006

Kisah karut marut I

Cerita karut marut!

Cerita ini ntah cerita betul atau direka-reka? Aku tak tahu.

Karut dan Marut adalah empunya nama kepada dua malaikat yang dijadikan oleh Allah. Mereka tinggal dan menjalankan kehidupan seperti mana khalayak malaikat yang lain. Oleh kerena diciptakan dari cahaya yang tidak mempunyai nafsu dan akal, mereka menurut saja apa yang diperintahkan. Itu lumrah mereka.

Setelah bertahun-tahun bani Adam menjalankan kehidupan manusia di dunia, berlakulah bermacam-macam kerosakan dan kezaliman. Lumrah manusia tidak sama dengan lumrah malaikat.

Tetapi tertanya-tanyalah dua malaikat Karut dan Marut ini akan gelagat manusia.

"Kenapa susah benar berlaku baik? Setiap yang tentu saja ada buruknya. Dan setiap yang buruk terselit juga akan kebaikan. Kenapa tidak ada yang baik keseluruhannya?"

Ditanya mereka sesama sendiri dan cuba mencari asbab musabab. Lalu bertanya kepada mereka kepada Allah akan sebab-sebab lumrah manusia ini dan kemudiannya Allah menawarkan kepada mereka untuk menjalankan kehidupan di tengah khalayak manusia.

Lalu mereka menerima tawaran ini. Dan tinggallah mereka di dunia.

(bersambung...)

3 ulasan:

kingbinjai berkata...

betul ke cerita nie? mana dapat?

hakim dirani berkata...

Lagi elok klau cerita ini diletakkan sumbernya.
sekadar mencadang.

el-Maaniq berkata...

KINGBINJAI & HAKIM
aku tak pasti cerita betul atau tidak. Sifu M.Nasir yang ceritakan pasal benda ni.

cerita lain yg dia cerita --> http://delimasakti.blogspot.com/2005/06/jangan-ambil-serius-patut-12.html