Khamis, Disember 28, 2006

Inzalkah Amarahmu?

Aku harap aku belum terlambat untuk mengucapkan selamat menyambut hari Natal kepada umat Melayu yang menyambutnya.

Apa? Bersalah kerana meraikan perayaan agama lain walau hanya mengucapkannya? Lebih-lebih lagi kepada melayu-melayu yang bukan lagi Islam, begitu?

Tapi kalau membantu melayu-melayu ini mengisi borang pertukaran agama, tak apa? Membantu mereka dalam urusan saman-menyaman pentadbir agama kerana menghalang mereka tukar agama, tak apa? Tak mahu menggubal undang-undang supaya mereka tidak sewenang-wenangnya tukar agama, tak apa?

Kalau begitu, aku minta maaf.

Dan seharusnya aku mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Korban, kan? Jadi aku ingin mengucapkan selamat hari raya Eidil Adha kepada semua umat Nabi Muhammad, umat Nabi Isa (kalau menyambutnya) & umat Nabi Ibrahim (kalau masih hidup).

Selamat melaksanakan ibadah korban - apa saja pengorbanan - kepada semua. Dan selamat mengorbankan dara kepada penganut Hedonisme-Islami pada hari-hari tasyrik nanti.

5 ulasan:

Rie berkata...

siniz betul..

selamat berkorban malaysie-komunisme-islami

Tanpa Nama berkata...

i sense sarcasm.

semua nabi dan rasul yang kau sebut tu adalah prophets in islam. merry xmas dan selamat hari raya aidiladha dan happy new year!

mooke

kingbinjai berkata...

adusss

Tanpa Nama berkata...

Lama tak ke sini. Slamat Tahun Baru 2007. Sejak 2005 saya beli Jiwa Kacau drp. Sdr. Masih tak dapat bersua. Bila la agaknya.

Tanpa Nama berkata...

happy new year hijrah!