Khamis, Januari 17, 2008

Pelik juga lah..

Pagi tadi sewaktu mendengar berita pagi, ada mengatakan bahawa semua permohonan untuk lepasan SPM 2007 hanya diproses secara online.

Aku terfikir, apakah semua rakyat Malaysia boleh akses internet? Termasuk yang dalam kampung-kampung dan pendalaman. Apakah mereka tidak mengambil SPM tahun lepas? Tapi apa yang nak diherankan. Kita di Malaysia memang suka benda-benda pelik, kan?

Antara benda-benda pelik, (terlalu banyak, aku aku listkan yang isunya kecil-kecil saja. Isu besar biarlah orang lain yg fikirkan.)

1. Jangan hisap rokok di stesen minyak, walau anda boleh beli di stesen minyak.

2. Jangan memandu laju di lebuhraya, tapi jangan ada berada di lebuhraya lebih tapi 10 jam. (ingatkah anda isu ini? isu yang berkaitan pemandu-pemandu lori dan trailer yang berada lama di lebuhraya kerana mahu menipu tol.)

3. Dilarang menunggang motorsikal di Kuala Lumpur untuk mengelakkan kesesakan, padahal kereta yang menyesakkan. Menunggang motorsikal adalah alternative kepada kesesakan tersebut.

4. ....

2 ulasan:

samurai berkata...

Org M'sia mmg mcm tu. Aku org Belanda.

amer zaman berkata...

tambah juga..

shah alam tiada panggung wayang. elakkan maksiat mungkin. tapi kilang carlsberg boleh dibina. minum arak bukan maksiat?