Khamis, September 17, 2009

Bayar hutang

Beberapa bulan yang lepas, Wa'idz kerap sakit-sakit. Bermula dengan Roseola, beraknya kadang-kadang cirit-birit dan kadang-kadang sembelit.

Sudah kerap berjumpa dengan doktor tetapi doktor memberikan banyak andaian. Banyak andaian kerana kami membawa Wa'idz ke beberapa klinik yang berbeza dan hujah doktor juga berbeza. Cuma doktor yang terakhir, aku dan isteri berpuas hati dengan penjelasannya. Dan satu-satunya klinik yang kami pergi tidak memberikan kami ubat! Terima kasih Dr. Yusri - seorang doktor India Muslim.

Sebenarnya sebelum berjumpa dengan Dr Yusri, bapa mertua aku ada bertanyakan tentang ibadah akikah Wa'idz yang aku hutang seekor lagi.

Sewaktu Ummi Wa'idz baru saja habis berpantang di kampung, kami mengadakan kenduri akikah di Kuantan. Ketika itu, hanya seekor yang disembelih kerana hajat kami biarlah seekor di kampung dan seekor di rumah. Maknanya kedua-dua datuk dan nenek Wa'idz dapat merasa daging akikah tersebut.

Akan tetapi selepas lapan bulan, hutang seekor lagi kambing akikah belum disembelihkan di atas nama Wa'idz. Namun selepas ditegur oleh Bapa mertua, aku lekas-lekas tidak mahu menangguhnya lagi. Setelah berbincang dengan Mak dan Atta, kami bersetuju untuk membeli kambing akikah tersebut dan diberikan kepada surau untuk menguruskan urusan penyediaan makanan. Dan waktu paling baik adalah semalam - sempena malam tujuh likur & majlis khatam al-qur'an.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun Nasi Mandy Kambing hanya siap untuk dimakan kira-kira lima minit sebelum maghrib! Dapat juga Ayahlong dan keluarga merasainya.

Malam sebelum tidur aku terfikir, hutang akikah sudah selesai, alhamdulilLah. Dan hendaknya Wa'idz tidak sakit-sakit lagi malah kami sekeluarga sihat wal afiat hendaknya. Dan yang paling penting, harap-harap Wa'idz akan dapat adik secepat mungkin selepas ini, insyaAllah.

5 ulasan:

-Razman- berkata...

Biasalah, macam aku dulu, kaki terseliuh je, doktor yang mula2 check bagitau kaki retak, masa bukak simen tup2 doktor lain check bagitau, otot je koyak (bukan ke kau yang hantar aku ke HKL masa tu?) Anyway, maksud entry kau ni Waidz sakit2 sbb 'kafarah' tak bayar akikah lagi ke? :D
-Razman-

elmaaniq berkata...

Razman,
Bak kata pak mertua, itu bukanlah sebab utama tapi mungkin sebabnya. cara kita muhasabah diri.

Maksud entri aku ni, kalau dah abis bayar hutang boleh beli barang baru. Erti kata lain, hutang akikah dah bayar, boleh la Wa'idz dapat adik, hehe

blackpurple @ jowopinter berkata...

Ameen.

Tanpa Nama berkata...

tak habis2 dgn adik waidz...:P
-ann

elmaaniq berkata...

JOWOPINTER,
Ameen.

ANN,
:)