Anak kami akan mencapai umur setahun pada 26 December akan datang.
Sehingga hari ini anak kami yang kami namakan dengan nama Muhammad Wa'idz Fakhriy (dipanggil Wa'idz) masih belum punya gigi dan masih belum berjalan. Cuma telah mula belajar berdiri sendiri tetapi selalunya akan jatuh terduduk.
Bukan kami tidak ajarkan dia berjalan. Bukan kami tidak sediakan alat bantu untuk dia belajar berjalan.
Tetapi kepandaian itu milik ALLAH. ALLAH lah jua yang berikan pengetahuan dan kebolehan. Kami sebagai ibu bapa hanya bertanggungjawab untuk berusaha tetapi kalau ALLAH tidak atau belum izinkan Wa'idz berjalan atau tumbuh waima sebatang gigi, itu bukanlah urusan kami.
Oleh itu jangan kerap sangat membandingkan seumur ini sepatutnya boleh ini, seumur itu sepatutnya boleh itu! Fahamilah bahawa semua kurniaan adalah milikNYA dan kita perolehinya dengan izinNYA.