Rabu, Oktober 21, 2009

Semuanya milik ALLAH

Anak kami akan mencapai umur setahun pada 26 December akan datang.

Sehingga hari ini anak kami yang kami namakan dengan nama Muhammad Wa'idz Fakhriy (dipanggil Wa'idz) masih belum punya gigi dan masih belum berjalan. Cuma telah mula belajar berdiri sendiri tetapi selalunya akan jatuh terduduk.

Bukan kami tidak ajarkan dia berjalan. Bukan kami tidak sediakan alat bantu untuk dia belajar berjalan.

Tetapi kepandaian itu milik ALLAH. ALLAH lah jua yang berikan pengetahuan dan kebolehan. Kami sebagai ibu bapa hanya bertanggungjawab untuk berusaha tetapi kalau ALLAH tidak atau belum izinkan Wa'idz berjalan atau tumbuh waima sebatang gigi, itu bukanlah urusan kami.

Oleh itu jangan kerap sangat membandingkan seumur ini sepatutnya boleh ini, seumur itu sepatutnya boleh itu! Fahamilah bahawa semua kurniaan adalah milikNYA dan kita perolehinya dengan izinNYA.

6 ulasan:

dugongsenyum berkata...

anak aku dulu lambat bercakap, sekarang ni pulak asyik laa nak bercakap haha

elmaaniq berkata...

Basri,
Tuah atau kakaknya? Atau kedua-duanya?

Tanpa Nama berkata...

of course!
and please understand that all babies are different from each other. ada yang lahir2 dah tumbuh gigi. ada sampai umur 2 tahun hanya ada 2 gigi rabbit di depan. anak aku 10 bulan ada 8 gigi, tapi kalau kejenya asyik nak menggigit hidung ayahnya, dan gigit meja, tak ke tensen?
:)
-Ann

elmaaniq berkata...

Ann,
gigit meja? :)

Pyanhabib berkata...

ya, semua milik Allah. kita pencorak warna (kepada anak-anak).

* nampak kat mamak melawati? kenapa tak kenalkan diri? boleh join kena teh!

elmaaniq berkata...

Bro Pyan,
InsyaALLAH lain kali