Ahad, Disember 13, 2009

Leka dalam solat

Aku akui, aku memang terleka ketika solat isya' di surau semalam. Aku sendiri tak pasti ketika Imam Arsyad memberi salam, sebenarnya dalam rakaat ketiga.

Yang pelik, apakah semua kedua-dua saf makmum itu terleka seperti aku dan Imam Arsyad?

Aku syak, ada yang dah sedar tetapi tak tahu bagaimana yang menegur imam ketika imam buat salah. Buktinya, habis saja imam memberi salam dan semua makmum memberi salam, beberapa pakcik yang solatnya tadi berhampiran benar dengan imam, memberitahu yang sebentar tadi solat isya' mereka hanya tiga rakaat.

Melentinglah Imam Arsyad. "Kenapa tak beritahu? Sepatutnya beritahu sebelum saya bercakap ni"

Makmum lain senyap. Juga senyap adalah Imam Aman yang menjadi makmum yang betul-betul belakang imam.

Seterusnya, kami solat isya' sekali lagi dengan empat rakaat.

Ironi sungguh dengan keadaan realitinya, kan?

Sekarang menegur ulil amri bukan main lantang. Dan yang ta'at tu bukan main taatnya hingga tak kena tempat.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aik .. 'Wali' ada kasyaf pun leka dalam solat? Ooo .. 'Wali' banyak masalah lain ni .. Keh keh keh keh ... :D peace, no war
-Razman-

elmaaniq berkata...

RAZMAN,
leka dalam solat satu persoalan lain, yang hairankan kenapa tak implikasikan amalan solat dalam kehidupan - menegur imam yang dipilih - dengan subhanallah!

kingbinjai berkata...

betul

elmaaniq berkata...

KINGBINJAI,
:)

Tanpa Nama berkata...

perlu memeriksa:)

elmaaniq berkata...

TANPA NAMA,
perlunya pemeriksa? atau suruhanjaya diraja?