Siapa Penulis? Muhammad Yunus, pemenang anugerah Nobel Peace Prize 2006. Beliau adalah pengasas Grameen Bank, sebuah institusi kewangan mikro (micro-credit), berpangkalan di Bangladesh.
Apa yang ditulis? Buku ini adalah sebuah autobiografi mencatatkan perjalanan hidup penulis dalam hidupnya yang bermula sebagai seorang akademia, dan hampir saja secara kebetulan berkecimpung dalam arena perbankan dan kewangan mikro, dengan nawaitu untuk menaiktaraf kehidupan nusa bangsa rakyat Bangladesh.
Kewangan mikro secara amnya bertujuan memberi kemudahan kewangan dalam jumlah yang kecil dan tertumpu kepada golongan yang miskin, berdasarkan prinsipnya "Credit is the right of every human being". Pinjaman sekecil USD 10 diberikan supaya peminjam dapat keluar daripada kepompong kemiskinan dengan perusahaan/perniagaan kecil-kecilan. "Modus operandi" yang sangat berlainan daripada perbankan konvensional menjadi tunjang kejayaan Grameen Bank, baik dari segi mencapai objektif sosial mahupun objektif perniagaan. Lebih 90% pemilik Grameen Bank adalah terdiri daripada para peminjam.
Walaupun Grameen Bank mendapat tentangan hebat daripada "bankers" konvensional di awal penubuhannya, ia kini sedang berkembang pesat, dengan pinjaman setakat Disember 2009 berjumlah USD 790 juta .
Anggaran bilangan perjalanan LRT yang dapat dimanfaatkan dengan membaca buku ini (dari Kelana Jaya ke KLCC): 29 perjalanan ("trips")
Apa yang saya dapat membaca buku ini?
1. Kredit mikro bukanlah suatu angan-angan. Dan tidak mustahil aplikasi falsafah kewangan mikro akan menggantikan kewangan konvensional (dan kewangan Islam?) yang berpaksikan keuntungan yang melampau.
2. "What your mind can conceive and believe, it can achieve" dan sentiasa berani mencuba sesuatu yang baru, bertunjangkan anjakan paradigma dan "thinking outside of the box".
3. Niat yang jujur dan ikhlas akan sentiasa membuahkan kejayaan
Fakta menarik tentang Grameen Bank di sini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 ulasan:
kau di mana ketika program baca@lrt dijalankan?
program tu kat mana aku pun tak tau .. sekadar guna nama je hehehe ... mungkin kene tukar tag supaya tidak mengelirukan
stephen covey pun ada story pasal author ni dalam buku the 8th habits dia
Peminum Kopi,
Jawapan anda sungguh dayus!
suyuf: 8th habit apa ye? ku ingin tahu - pasti ia relevan kepada Muhammad Yunus sebab tu dikaitkan ceritanya dalam buku tersebut.
elmaaniq: terima kasih tukar tag. tapi aku bukan dayus!
Catat Ulasan