Rabu, Mac 31, 2010

Caché


Caché, atau 'Tersembunyi', mengisahkan tentang Georges (lakonan Daniel Auteil) dan Anne (lakonan Juliette Binoche), sepasang suami isteri yang berhadapan dengan gangguan psikologi apabila gerak-geri harian mereka dirakam oleh seorang misteri. Pita video rakaman tersebut... dihantar berserta nota misteri, bagaikan satu amaran bahawa nyawa mereka sentiasa berada dalam bahaya. Siasatan Georges kemudiannya membawa kepada Majid, seorang kenalan semasa kecil yang mana ibunya merupakan orang gaji kepada keluarga Georges. Mula saat itu, Georges sentiasa mengesyaki bahawa Georges merupakan dalang kepada insiden misteri yang melanda keluarganya, satu kepercayaan yang berkesudahan dengan Majid membunuh diri untuk membuktikan dirinya tidak bersalah.

Kesudahan cerita ini dibiarkan ‘open-ended’, penonton dibiarkan untuk mentafsirkan sendiri kesudahan cerita ini, walaupun tidak semua orang akan berpuas hati dengan kesudahan sebegini. Kesudahan file mini dibantu oleh kamera statik pada babak akhir menggambarkan suasana di sekolah anak pasangan tersebut.

Filem ini berusaha untuk menarik perhatian penonton untuk berfikir (dan adakalanya resah dan rimas!), dengan stail kamera yang statik di beberapa babak penting. Jadi penonton diajak untuk mata meliar dan melilau mencari ‘apa kebendenya yang dia nak tunjukkan dalam babak ni?’

Filem ini tidak menggunakan sebarang skor dan tiada muzik latar sepanjang filem ini dimainkan, menambahkan stress dalam suasana menontonnya. Secara keseluruhan, yang membuatkan filem ini menarik ialah ia mengaktifkan minda penonton, walau pada masa yang sama meresahkan perasaan. Yang pastinya, tiga hari selepas tamat menonton filem ini,saya masih lagi terngiang-ngiang dan terfikir tentang kesudahannya!

Untuk review yang komprehensif dan panjang lebar, layari http://www.notcoming.com/reviews/cache

Tiada ulasan: