Jumaat, Disember 17, 2010

Penentangan Sang Orang yang Diserang

Sepanjang jauhnya perjalanan ini
Semakin jauh aku tinggalkan sunyi
Semakin hampir aku dengan bingit
Pekik dan teriak orang yang diserang

Dari kejauhan aku berdiri
Memerhati gerak-geri cuba memahami
Biarpun aku sedar badan ini kerdil
Nekad tidak toleh ke belakang

Dalam hiruk-pikuk dan kebingungan
Aku cuba hulurkan tangan
Ingin mencapai tangan-tangan yang menggapai
Selangkah ku ke depan semakin tak sampai

Orang yang diserang semakin longlai
Teriak dan bingit hanya sayup kedengaran
Aku hanya mampu memerhati
Darah yang likat membasahi diri

Tidak sekali tamat perjuangan
Dan ini bukan penentu keputusan
Orang yang diserang sudah mati, badan terkujur
Namun perjuangan kan terus hidup, hidup, dan hidup...

2 ulasan:

DrSam berkata...

Salam singgah. Nukilan penuh dengan perasaan. Teruskan berkarya.

konya berkata...

Salam perkenalan Dr Sam Alhamdulillah, Terima kasih.