Semalam ada orang datang ke kedai bapak aku. Waktu tu memang turn aku jaga. Lebih kurang jam 11 pagi, datang seorang makcik dengan anaknya. Makcik tu tanya kat aku.
"Suratkhabar ada lagi?"
"Dah habis le cik. Harakah ada la."
"Dah abis dah? Takpe la. Ni ha Farah ni. Sekarang ni bila dah reti baca susah betul. Hari-hari nak baca suratkhabar. Tak beli nanti habis direngeknya. Susah betul le. Hari-hari kena beli surat khabar. Rugi seringgit"
"Seringgit dua posen"
Alamak! Dalam hati aku apa la makcik ni? Anak dia nak baca surat khabar pun rugi? Ohhh lupa. Anak dia si Farah tu umur 4 tahun lebih. Umur baya kalau nak baca patutnya berjuta rahmat sebab budak tu dah tunjuk minat nak membaca.
Aku dah mula membaca dulu lebih kurang enam tujuh tahun. Memang adik beradik aku lambat mula membaca, walaupun mak bapak aku dah mula galakkan aku membaca awal dari tu lagi.
Tapi makcik ni boleh merungut sebab anaknya nak membaca. Patut le budak melayu malas membaca agaknya. Bukan sahaja tak galakkan, tapi semacam menghalang pulak budak tu membaca. Aku malas nak komen panjang-panjang pasal benda ni. Sebab benda ni dah berbuih orang bercakap. Membaca jambatan ilmu le dan macam-macam lagi kempen membaca.
Taknak rugi beli, pegi le pinjam kat library. Tapi Perpustakaan Negara yang tersergam indah tu tak ramai orang yang datang. Nak salah siapa orang tak datang? Dari satu segi tu kalau dah malas tu malas jugak le nak pegi. Walaupun dah buat macam mana pun kemudahan. Tapi bagi orang yang nak datang tapi tak sediakan perkhidmatan yang sepatutnya, bagaimana? Perpustakaan Negara tu terletaknya di Jalan Tun Razak. Mana ada perkhidmatan pengangkutan awam kat tempat tu? Bas takde, LRT tak, Komuter lagi lah, cuma nak harapkan teksi. Kalau nak naik bas juga, kena menapak punya jauh. Alamak.. kerja siapa ni?
Kebetulan pulak. kalau susah nak pegi Perpustakaan Negara, boleh le pegi kat PWTC sekarang. Kat sana ada pameran buku percuma. Pameran tu start jumaat lepas (21 Mei) sampai 30 Mei nanti. Pameran buku percuma! Pameran je yang percuma, buku bukan percuma.
Beli surat khabar yang seringgit dua puluh sen pun rugi, apatah lagi sebuah buku yang berpuluh-puluh ringgit. Baik simpan duit untuk shopping. "Mega Sale bulan berapa Farah?. Dalam suratkhabar tak bagi tau?"
Mazhab (Sosiologi) Pendidikan: Punca Kita Sukar Sependapat
2 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan