Semalam adalah jumaat keenam selepas aku mula bekerja. Tapi jumaat kedua aku sembahyang kat masjid dekat2 ngan ofis aku. Jumaat lain bukan aku tak sembahyang!! Tapi aku sembahyang kat masjid dekat ngan rumah aku. Rumah aku pun bukan jauh sangat pun dengan ofis aku. Masjid kat lembah Klang ni kan dekat-dekat. Biarlah asal semua masjid penuh orang sembahyang. Jangan satu masjid dua imam sudah...
Sebab dah dekat ngan ofis aku.. jadi aku sampai masjid awal. Member2 sepejabat aku dah keluar lebih awal dari aku sebab diorang nak makan dulu sebelum solat. Tapi aku lebih senang makan selepas solat. Jadi untuk alas perut (sebab khutbah panjang) aku pi satu ruang yang menyediakan santapan... pisang!
Sesambil makan tu ada mamat ni ngan member dia pun dok pakat pilih pisang untuk dimakan.
"Asyik.. asyik pisang. Takde ke buah lain?"
"Emm buah epal ke.. oren ke... "
"Nasi ke.. mi ke..."
"Tomyam ke.. satey ke..."
....
Aku malas nak dengar sangat bebudak (orang tua sebenarnya) tu merapu. Dalam hati aku cuma berkata... "Dah niat orang yang sedekah tu takat pisang je.. ko makan le pisang tu. Taknak makan toksah makan. Jangan banyak komplen" Aku cakap dalam hati je la.
Kalau nak ikutkan, dah banyak masjid dah cuba ubah tradisi ni. Ada jugak masjid-masjid yang aku pi jamu benda lain contohnya mihoon, bihoon (apa beza dua ni?), kuih-kuih dan ada juga yang jamu nasi. Tapi yang aku perati.. makanan-makan tu tak habis. Tak ke merugikan. Walaupun aku cuba untuk tidak membazir, tapi tak termampu sebab aku bukan nye boleh makan sebanyak tu. (aku yang makan banyak pun tak boleh habiskan, bayangkan betapa banyak makanan yang terbazir itu)
Jadi difikir-fikir balik.. pisang je pun dah cukup. Orang bukan nak sembahyang jumaat macam pi sembahyang raya. dah prepare nak melantak! Kalaupun tak habis, tak le kecewa sangat. Kang rasa tak berbaloi pulak susah-susah masak. Kalau pun beli.. kang rasa tak berbaloi pulak keluarkan duit kan?.
Pasal khutbah, aku tak nak komen sangat. khutbah tu JAKIM suruh imam baca ke, imam tu karang sendiri ke, khutbah berunsurkan politik ke, ada unsur fitnah ke, aku taknak komen. Untuk hari tu topik khutbah tu pasal mendidik anak-anak. (muak jugak topik khutbah yang berulang-ulang)
Selesai saja solat, habis doa dan habis solat sunat... aku bergegas nak pi makan. Tapi... Argghhh semua pintu keluar masjid sesak. Sampaikan yang naik motor pun tak leh keluar. Sesak sangat!
Nasib baik aku makan pisang tadi... dapat jugak le aku tahan lapar. Dalam tunggu giliran aku nak keluar tu, aku dong perati orang yang bawak kereta tu. Secara rambang perkiraan aku, hampir 95% dari kereta yang beratur nak keluar tu cuma ada pemandu. Maknanya satu kereta sorang. Patut le sesak!
Kenapa boleh jadi macam tu? Mana peginya kempen kongsi kereta dulu? Takkan masing-masing dari ofis / kedai / rumah yang berlainan?
Aku nak buat cadangan... sesiapa yang bawa kereta / van / MPV / dll kurang dari tiga orang tak boleh parking dalam kawasan masjid. Yang datang berkumpulan je boleh masuk parking dalam kawasan masjid. Baru le tak sesak. Mungkin ini satu cadangan sahaja.
Truttt.. truuttt... (telefon aku berbunyi. Alamak boss aku call la)
Untuk hari tu.. aku tak makan tengah hari.
Apa pasal lah aku makan pisang je tadi. Kalau ada nasi ke.. mi ke... bukan ke bagus!
Mazhab (Sosiologi) Pendidikan: Punca Kita Sukar Sependapat
3 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan