Diceritakan akan suatu zaman dimana Ketua Neraka telah bertemu dengan Ketua Syurga. Topik perbincangan mereka adalah untuk berunding mengenai pembinaan satu jambatan yang menghubungkan antara kedua-dua tempat tersebut. Untuk berlaku adil, kedua-dua mereka telah bersetuju untuk membiayai kos dan tenaga secara 50-50, bermula dari tempat masing-masing sehingga ke tengah sempadan yang dipersetujui. Tempoh untuk pembinaan hal ini adalah satu tahun.
Genap setahun, Ketua Neraka serta anak-anak buahnya telahpun berjaya menyiapkan jambatan mereka. Tetapi, jambatan dari pihak Syurga masih tidak menampakkan bayangannya. Setelah menunggu untuk beberapa hari, Ketua Neraka menjadi amat marah kerana merasa tertipu. Lantas beliau segara menemui Ketua Syurga untuk mendapat penjelasan.
Apabila bertemu, Ketua Syurga dengan rendah diri memohon maaf kerana tidak berjaya membina jambatan tersebut kerana kekurangan orang. Ketika Ketua Syurga menyuarakan ingin tahu bagaimana Ketua Neraka dapat menyiapkan jambatan tersebut, lantas dengan riak dan bangga Ketua Neraka menjawab "Kami di sini tiada masalah kerana di tempat kami, ada ramai orang dan mereka ada bermacam-macam jenis kehebatan."
Patut pun!
Mazhab (Sosiologi) Pendidikan: Punca Kita Sukar Sependapat
2 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan