Diceritakan oleh seorang antah berantah yang berlaku pada beberapa kurun dulu, di mana ada seorang budak yang buta mata penglihatannya. Dinyatakan juga bahawa budak ini adalah hidup dengan sebatang kara yang tiada sanak saudara yang terdekat. Sudahlah begitu, tiada pula penduduk sekitar yang memperdulikannya. Sehinggalah seorang doktar yang bersimpati.
Doktor ini yang bernama Micheal, telah membuat satu tawaran kepada budak yang bernama Steven. Dr. Micheal ini telah berjanji untuk membedah matanya sehingga pulih. Sebagai ganjarannya, Steven mesti membayar semula kos pembedahan ini secara beransur-ansur setelah dia sudah memperolehi pendapatannya sendiri.
Setelah sihat dari pembedahannya, Steven mampu untuk membaca, mengira dan berfikir mana yang baik dan buruk. Hasilnya, Steven telah berjaya untuk menjadi seorang peguam yang terkenal di luar daerah asalnya. Namun, Steven masih tidak lupakan akan Dr. Micheal yang telah berjasa kepadanya. Tiap-tiap bulan, Dr. Micheal akan menerima sejumlah wang yang telah mereka setujui pada awal-awal dahulu. Mereka juga sentiasa berhubung bertanya khabar.
Setelah selesai semua pembayaran, Dr. Micheal mahukan mereka adakan pertemuan satu sama satu di satu tempat yang masing-masing setujui. Pada petemuan tersebut, Dr. Micheal telah memulangkan semula semua wang yang diberikan oleh Steven sambil berkata, inilah hadiah untuk berlaku jujur. Selepas beberapa bulan, Dr. Micheal telah meninggalkan dunia ini dan menghadiahkan segala harta pusakanya kepada Steven termasuklah anak gadisnya yang cantik rupawan. Segala kemewahan yang diperolehinya hasil dari sebuah kejujuran. Begitulah ceritanya yang telah diceritakan
Berpatutan....
Mazhab (Sosiologi) Pendidikan: Punca Kita Sukar Sependapat
2 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan