Khamis, Ogos 11, 2005

DRAMA SATU BABAK : Jerebu punya pasal

Set : Dalam pejabat
Masa : Setengah jam lepas rehat tengah hari
Watak-watak :
1. Boss
2. Meon
3. Kadok


Boss : Meon, tolong hantar dokumen ni

Meon : Urgent ke bos?

Boss : Iye la. Kenapa?

Meon : Delay tak boleh ke bos? Jerebu teruk la sekarang ni

Boss : Tak boleh le Meon. Dokumen ni urgent. Kau belilah topeng yang macam yang lain-lain pakai tu. Dokumen tu kena hantar sekarang.

Meon : Ok. Tapi beli topeng tu boleh pakai duit company tak?

Boss : Berapa ringgit?

Meon : Lapan puluh sen

Boss : La. Kalau lapan puluh sen tak payah la pakai duit petty cash. Pakai duit saya je. Nah.

Meon : Yay. Terima kasih

Boss : Kadok, awak pun naik motor kan? Nah ambil duit ni beli topeng tu

Kadok : Tak payah la

Boss : Kenapa? Awak dah ada ke topeng tu?

Kadok : Tak

Boss : Habis tu?

Kadok : Saya ada insurans!

Tiada ulasan: