Arakian tersebutlah kisah di sebuah negari Fantasia, seorang idola baru sudah muncul selepas memenangi sebuah pertandingan nyanyian. Berita kemunculan idola baru ini menjadi berita hangat di perusuk negeri dan beritanya tertampang di muka depan surat-surat khabar utama. Mana ada negara lain yang memuatkan berita kemenangan pertandingan menyanyi sebagai tajuk utama berita? Tapi ini lah satu-satunya negeri yang mengamalkannya.
Sebenarnya kemenangan si idola baru ini sebenarnya tidaklah diherankan sangat kerana ramai sudah dapat menjangkanya sebelum pengumumannya. Ini disebabkan idola baru ini ada aura yang amat menakjubkan. Ini disahkan sendiri oleh mahaguru industri muzik di negeri Fantasia ini sendiri.
Akan tetapi tidak ketahui oleh umum bahawa kemenangan idola ini adalah hasil dari perancangan dari para menteri dari negeri Fantasia tersebut. Tentu anda nak tahu bukan? Baiklah anda baca sendiri petikan berbualan para menteri yang bertanggungjawab
"Dato Seri, ramai orang dari bangsa kita mahu jadi penyanyi Dato Seri."
"Lagu tu ka? Tak pa la. Kerja hang la nak galakkan depa tu"
"Ok Dato Sri"
Dan ini adalah perbualan yang lain.
"Dato' saya cadangkan dalam program TV Akademik Impiana tu, kita cuma ambil peserta-peserta bumiputera sahaja. Tapi tidak dari bangsa Fanta 1 sahaja Dato. Sebabnya bangsa-bangsa lain dari Kepulauan-Yang-Timur pun kena pilih juga"
"Kenapa program tu pula? Kan ada program-program TV yang lain seperti program TV Fantasia Idol dan Protoge?"

"Tapi program TV ini sahaja Dato' peserta-pesertanya diajar secara total. Kita sediakan tenaga-tenaga pelajar yang bagus-bagus termasuk Mahaguru muzik negeri kita. Lepas tu silibusnya meliputi motivasi dan bahasa inggeris. Kalau Dato mahu, matematik dan sains juga boleh diajarkan kepada peserta-peserta ini. Maklumlah, bangsa kita memang kurang pandai dalam matapelajaran ni."
"Tak pe. Motivasi dan bahasa inggeris sudah memadai."
Begitulah beberapa sedutan perbualan para menteri. Dan apabila keputusan sudah diumumkan, menteri-menteri ini pun melonjak juga kegembiraan. Perdana Menteri juga gembira dengan pengkhabaran ini. Maklumlah, yang menjadi idola baru ini ada latar belakang pendidikan agama. Sebagai cucu ulama, sudah tentu dia suka akan fenomena ini.
Akan tetapi bagi rakyat jelata lain yang teringin benar nak jadi penghibur masih tidak rasa tersisih. Kerana mereka ini boleh menyertai rancangan lain seperti Protege. Tetapi program TV ini melibatkan kaum bumiputera juga kerana mentor-mentornya adalah bumiputera juga. Lainlah kalau boleh dipilih penyanyi-penyanyi sepet dari Hong Kong atau penyanyi tayang pusat dari India.

Akan tetapi bagi kaum bukan bumiputera, Fantasia idol adalah program TV yang paling sesuai. Di rancangan ini tidak ada diskriminasi. Semua peserta yang mahu masuk boleh masuk. Tak kira jantan atau betina, kafir atau muslim. Asal mahu menyanyi boleh masuk tapi akhirnya hanya seorang yang menang atas format undian SMS.
Adapun dinyatakan bahawasanya rancangan ini belum lagi sampai penghujungnya. Tetapi kini tinggal lagi lapan orang peserta sahaja. Untuk peserta dalam rancangan protege, saya kurang pasti. Tapi rasa-rasanya tinggal dua peserta sahaja lagi dan mereka sedang bertanding untuk tentukan juara.
Begitulah cerita sikit-sikit tentang negeri Fantasia. Mahukan membaca kisah yang lain? Apakah anda benar-benar bersedia?

Nota kaki
1. Bangsa Fanta adalah bangsa yang mendominasi negeri Fantasia sebagaimana bangsa Melayu di Malaysia dan Bangsa Indon di Indonesia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan