Berikan aku sedikit ruang, ruang yg boleh aku berjalan tanpa menginjak atau merangkak. Ruang yang boleh aku menari rentakku sendiri. Ruang yang cukup untuk aku melompat tanpa kepalaku terhantuk. Ruang yang cukup aku bernafas tanpa terbatuk-batuk. Ruang yang dialun irama damai.
Mengapa ruangku kini terlalu sempit? Adakah kerana dibatasi peraturan? Adakah kelam dengan kabut ciptaan ku sendiri?
Ya, aku rasakan itu benar. Aku lah yang menyempitkan ruangku. Dek kerana ruangku wujud juga di sana hati-hati yang bukan sahaja hatiku. Yang turut sama mewarnai ruang nyaliku.
Namun mengapa perlu begitu? Aku ingin bebas!!!!!!!!
Berikan aku ruang itu!!!
Mazhab (Sosiologi) Pendidikan: Punca Kita Sukar Sependapat
2 hari yang lalu
9 ulasan:
kalau ruang 'kau' yang sempit, kenapa perlu kau minta diberikan ruang itu daripada orang lain? bukankah ruang itu kau yang punya?!
agree with pnin
ya, betul tu... kalo nak mintak ruang aku, aku pun tak cukup maa. mungkin kau kene rearrange semula ruang ruang kau yang sebenarnya luas seluas dunia. buangkan perabot perabot yang telah rosak dan apa apa yang menyemakkan.
adakah ruang yang dicari?...
atau kebebasan:jika kebebasan itu bererti keluar daripada ruang yang sempit...
adakah tinggal didalam ruang yang diluaskan akan mengubah keadaan?
sekadar renungan..
ruang = space
nak space? kena jadi astronaut la ;)
tak semua ruang milik individu, ada ruang untuk mak, ayah, kekasih, atuk, nenek. bila memberi ruang untuk orang lain, tak rugi dan tak mati cuma kena tahu cakap, " yes, i can say no".
cheer up!
eric leong (casa impian) ajar, kalau ruang sempit nak kasi nampak luas letak cermin
hehe betul kata ann...
tapi ape kene mengena taruk cermin utk luaskan ruang dengan terciptanya ruang maya?
* mode untuk berfikir dalam OFF
hehehe
sangat menarik, terima kasih
Catat Ulasan