Rabu, Mac 08, 2006

Yang dilihat, yang dibaca & yang disebut

Benarkah mulut kita akan menyebut apa yang dibaca, dan hati akan membaca apa yang dilihat?

Salah satu isu yang timbul ialah apabila kita menulis ringkasan perkataan-perkataan. Terutamanya dalam penulisan tidak formal seperti email dan SMS. Perkataan-perkataan seperti akum, askum, ws, wsalam, wasalam dan lain-lain perkataan lain lazim digunakan. Kalau anda melihat perkataan-perkataan seperti berikut, apa yang anda baca (dalam hati) atau apabila menyebutnya?

Apakah anda masih menyebut askum atau akum? Atau apabila mata yang melihat perkataan-perkataan seperti itu, anda akan membaca dan menyebutnya dengan Assalamualaikum?

Sabanernye, tardepat stau kijaan ynag mebnueyt, mauisna ini beolh mebcama bkaun spt yg mrekea lhait. Dan mrekea jgua aakn sbeut prtakaean yg x mrekea bcaa. Cthnya dlm prgeengan ini!

Contoh lain apabila melibatkan warna. Apa yang anda sebutkan apabila membaca tulisan di bawah :

MERAH BIRU KUNING HIJAU
HIJAU BIRU MERAH KUNING
KUNING HIJAU BIRU MERAH

Bagaimana pula dengan menyebut warna perkataan berikut (sebut warna, bukan baca perkataan) :

HITAM BIRU KUNING HIJAU
MERAH BIRU PUTIH MERAH
KELABU HITAM MERAH HIJAU

Jadi, benarkah mulut kita akan menyebut apa yang dibaca, dan hati akan membaca apa yang dilihat?

12 ulasan:

Ann berkata...

pagi2 dah buat aku pening

ron97 berkata...

yea!! aku betul
dah hang suh baca ja. aku baca jelah.
hahaha

aa.. lain kali jgn kuning boleh tak. pening aku tgk

suyuf berkata...

biarkan hati berbicara..

kingbinjai berkata...

wah!! good good

el-Maaniq berkata...

ANN
apsal pening?

RON
betul? tahniah. haha.

pening dengan kuning? patut memandu pecut kalau nampak lampu kuning?

SUYUF
berbicara tanpa pedoman?

KINGBINJAI
:)

suyuf berkata...

bukankah hati lubuk pedoman?

el-Maaniq berkata...

bagaimana dengan ungkapan ".. jangan ikutkan hati.."?

tuan tanah berkata...

kalau orang hantar email/sms tulis 'akum' saya baca as 'akum' not assalamualaikum. sebab itu saya tak jawab waalaikumussalam sebab itu bukan ucapan salam yang betul.

just my 2 cents.

mooke berkata...

aku tak setuju dgn tuan tanah. ini kes pentingkan forms daripada substance.

Op berkata...

walaupun org antar sms a;kum dalam hati aku anggap & aku baca sebagai dia katakan assalamualaikum. jadi aku jawab.

el-Maaniq berkata...

OP
Aku sama macam OP. Sama juga jika ditulis Nabi Muhammad SAW, kan?

Tuan Tanah
maknanya kau hanya membaca apa yang dilihat?

Mooke
Begitulah mungkin

Tanpa Nama berkata...

saya suka entri anda ini:)


misshant