Ahad, Mac 26, 2006

DRAMA SEBABAK : Walimatul 'tak' Terurus

Tambun: Kau tunggu apa lagi ha?

Faizal: Ntahnya... Jangan tunggu lama-lama.. ~nanti lama-lama, dia diambil orang~

Tambun: Betul, betul .... Apa lagi kau nak ha? Kerja, kau dah ada.. Financial, stable.. Target, dah ada... Prepare je duit terus jalan la!

Jep: Hmm ... tak tau la. Susah la. Ni bukan perkara kecik ni .. Bende besar ... Long-term tau! Takkan aku nak main belasah je buat keputusan ..

Tambun: Eh, beb... Kau dengar sini baik-baik.. Pertama sekali, kau dah tau apa yang kau nak - memang ada depan mata kau sekarang. Tinggal kau je yang nak make the move. Kedua, yang kau nak tu pun bukannya calang-calang .. Kau pun memang layak nak jaga dia .. Ketiga, orang tua kau pun tak melarang kau kalau kau betul2 nak .. keempat, orang tak letak harga tinggi sekarang ni tau! Boleh sangat la untuk kau ni!

Jep: Hmm .. Betul jugak kau cakap ni ..

Faizal: Jep, kau kene decide cepat sket orang tunggu kau ni! Tak baik buat orang ternant-nanti! Lama sangat nanti dia tak layan kau baru kau tau! Bukannya kau sorang je yang nak la!

Berfikir sejenak.

Jep: Ok lah, aku beli la Merce E240 ni. Mana salesperson tadi?

8 ulasan:

Naimisa berkata...

Dalam sungguh kiasannya..... :)

kingbinjai berkata...

wahahahaha terkene aku

suyuf berkata...

indahnya kalau semua keputasan semudah ini untuk dibuat..

BooK berkata...

itulah hidup. merancang tidak semudah memasak megi cup. sungguh!

pnin berkata...

Pernahkah sampai di persimpangan?
Tidak punya petunjuk jalan,
peta pula tiada di tangan,
tapi harus ada keputusan.

Mula gunakan akal fikiran
Terkadang hati dijadikan sandaran
Datang si Tambun dengan hasutan
Entahkan kawan ataupun bukan?

Bila terlajak tak berguna penyesalan
Kalau tersilap jadikan pengajaran
Hanya Tawakkal jadi pegangan
Minta terbuka dan dimudahkan laluan

Ini memang tidak sepadan
Panjangnya bagai satu entry, comment yang kujadikan?

Ann berkata...

ehh pni, suka la sajak ko ni. deep.(selain dr last para)

pnin berkata...

thanks, ann .. aku pun suka jugak .. :)

kunci hilang berkata...

eh, tak mahal ya.