Makan.. Sesuatu perkara yang sangat menarik.. namun kadangkala istilah "makan" ditukar kepada satu istilah yang lebih kasar dan memedihkan seperti "melantak" atau "mentekedarah". Istilah ini boleh bertukar mengikut situasi. Umumnya, selepas makan kita akan rasa kenyang. Namun ada juga situasi yang buat kita bengang.
Di sini aku nak cerita sikit kenapa aku makan minggu lepas jadi "melantak".. kisahnya bermula begini..
Pada satu tengahari yang boleh dikatakan panas membahang aku pergi la ke sebuah restoran melayu untuk "melantak". Restoran ni jual nasi campur la.. Kalau dilihat juadah yang dihidang atas meja tu kira fullamak!!! pergh!! kecur air liur aku.. Dengan lauk yang pelbagai jenis, ulam-ulaman yang segar dan pelbagai lagi "side dishes" yang hebat-hebat.
Aku ambik la sepinggan nasi. aku nampak kuah masak lemak cili api daging salai cukup memikat. Terus aku ceduk kuah tu. Tersangkut pulak dua ketul (agak agak la.) daging salai tu. takpe la. aku nampak pula tempe goreng. aku ambik sepotong. nampak pulak ikan kering.. nak ambik sekor takut tak habis.. aku ambik la ikan kering yang dah terpotong.. kira sebelah la. Seterusnya, aku ambik la ikan keli bakar.. dengan air asamnya skali.. sambil ambik lauk tu, ada la abg tu tanya nak minum apa, aku cakap la teh o ais. ok la..
Lepas tu aku terus ke kaunter bayar, tanya akak tokey kedai tu.. " berapa ni kak?" akak tu jeling sikit sambil kata " makan dulu" ringkas sungguh.
Lepas makan, aku pegi la ke kaunter bayaran, nak bayar la ni. Berapa kak? akak tu tanya " makan apa tadi?"
Apa la aku nak cakap ni. memang susah nak recall balik benda secubis dan secubit aku ambik tadi. So aku sebut la mana yang terlintas.. Bila dah abis sebut semua yang ingat, dia cakap " RM 8.30" .. fuh.. hebat. Bukan nak kata berkira apa yang aku makan.. tapi sakit hati la jugak bila kena sebut semua pastu dia charge macam aku ambik selambak je.
Macamana meniaga nak maju kalau macam ni la cara meniaga. Taknak cakap, haram, kalau cakap, kena ketuk habis habisan..
Hari tu memang aku "melantak".
Mazhab (Sosiologi) Pendidikan: Punca Kita Sukar Sependapat
2 hari yang lalu
7 ulasan:
kesian ngko..
kedai yang kita makan tu ke? yang aku puji murah tu..? ke kedai lain? yang takkan ngko ajak pegi makan dah sampai bila2...
macam mana pulak kalau kau ambik lauk enam senduk kari daging dan lima senduk kangkung belacan .. dua lauk je ...
"makan apa tadi bang?"
"emm.. kari daging dengan kangkung belacan"
"dua lauk je?"
"haah dua je, dik"
"air?"
"air kosong ..."
"ok semua sekali empat ringgit dua puluh sen..."
possible tak gitu??
pnin ni boleh buat entry lg satu
Dia fikir dia pandai berniaga, dia tak tahu ada kajian dibuat di Jepun yang mendapati 1 orang pelanggan tak puas hati, dia bertahu 19 orang lain! Kalau pelanggan tu ada blog, kiralah berapa orang dia beritahu. Restoran mana tu?
tapi kan...
ko belum kene lagi makan ikan tongkol harga rm45 ...
SLAYWINTER (kangaq)
tentu kedai lain! sebab ko tak kenal Suyuf. Kedai yang kita pergi dulu kan aku yg recommend? takkan nak recommend kedai yg mahal?
PNIN
possible juga
ANN
haha
PN AINON
"Tak puas hati beritau kami, puas hati beritahu kawan" ?
FARMILLA
Hotel kah?
elmaaniq
bukan hotel, perniagaan local yang dijalankan seorang makcik yang keliru dengan statement pelanggannya yang hanya ingin membeli ikan tongkol tanpa nasi...
pelanggan : "saya sanggup bayar berapa sahaja"
makcik : "rm45 dik..jual ye"...
begitula kot senarionyer..
suyuf
kalau betul ikan flower horn, pelanggan tidak mungkin akan mengadu...malah akan memberitahu orang lain...bahawa ikan flower horn kat kedai makcik tu sodap....malah murah plak tu...RM45 jer..."jer"....
Catat Ulasan