Malam tadi adalah malam perlawanan akhir Pestabola Merdeka. Tahniah kepada FAM kerana yang bermain dalam perlawanan akhir itu adalah pasukan Indonesia dan Myanmar. Siapa yang menang perlawanan akhir, bukanlah urusan kita. Tapi adalah yang lebih penting, tiket boleh terjual. (Berapa ringgit dapat untung?)
Dalam Pestabola Merdeka kali ini, Malaysia harus menewaskan Thailand hanya kerana menaikkan moral dan yang paling penting menidakkan pasukan Thailand masuk final. Kerana Thailand tidak ada kepentingan dari segi ekonomi. (Apa yang lebih penting selain duit?)
Kerana itu, mungkin, pegawai tertinggi FAM pernah terdetik dalam hati, "Lebih baik majukan bola sepak Bangladesh daripada majukan bolasepak negara."
Ntah? Aku agak saja.
Selamat menyambut hari kemerdekaan selepas kalah di Pestabola Merdekah kah kah.
Mazhab (Sosiologi) Pendidikan: Punca Kita Sukar Sependapat
2 hari yang lalu