Zaman kecemerlangan muzik rock dan bola sepak tempatan adalah lewat 80-an. (Siapa yang tidak bersetuju, harap dapat mengkongsikan pendapat). Tetapi muzik rock masih mendapat sambutan hangat ketika ini (semula!). Ini dapat dibuktikan dengan kejayaan konsert Malindo yang lepas. (Walaupun mungkin faktor band-band dari Indonesia, tetapi mereka juga rock!)
Tetapi fenomena bolasepak tempatan adalah sesuatu yang tidaklah boleh dibanggakan. (langsung tidak!)
Mengapakah perkara ini boleh berlaku? Apakah kerana duit?
Gaji minimum para pemain bola tempatan adalah RM 2,000. Kalau pandai mengelecek bola (dan membodek manager) gaji akan berlipat ganda sehingga puluhan ringgit.
Sedangkan bayaran kepada seorang penggiat seni?
"Seorang anak seni berjuang kerana seni. Kami bukan berkarya kerana duit!"
Hahaha. Syabas! Kerana duit juga para penggiat muzik rock tetap maintain bermain muzik (untuk sesuap nasi & sebatang rokok!)
Jadi, punca kemerosotan bola sepak negara adalah kerana duit? Apakah kerana kesalahan kerajaan yang melaburkan duit terhadap pembangunan bolasepak? Atau sikap tamak (benarkah mereka tamak?) para pemimpin persatuan sukan? Atau, apakah juga kerana sikap materialis para pemain?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
11 ulasan:
saya dulu minat bola, lepas kes rasuah dulu langsung dah tak minat... duit..duit.. memang boleh melekakan..
selepas zaman rasuah itulah kemuncak kejatuhan fenomena bolasepak tempatan ini. sejak itu tidak meningkat pun.
jadi memang duitkah yang menjadi punca?
aku tgk kalau kat europe banyak gak duit player boleh dapat... standard ngan kualiti tak lah teruk sangat kalau nak dibandingkan dengan apa yg kita ada.
aku harap2 generasi baru bawah 20 ini akan membawa harapan yang baru utk bolasepak malaysia.
amin.
p/s : walaupun aku sokong liverpool tapi kalau liverpool turun lawan malaysia.aku sokong malaysia!
(soalannya : berapa ramai akan sokong malaysia?)
tamat riwayat bila sukan diperjudikan...
bro jom jumpa skali dgn dhani.
kalau ada lawan bola, Malaysia lawan, saya tetap sokong Malaysia. Saya tak kisah kalau kita kalah, tapi janganlah main nampak hampeh sangat.....
NRMN
mereka guna duit yg banyak sebab bisnes. sini guna duit utk... apa ntah?
AYOBKELUBI & AMINBAKISH
Amin.
Dan aku memang sokong Malaysia kalau bertanding. Last aku tengok Malaysia lawan di tadium ketika Malaysia seri dengan Brazil.
(Dan kalah 4-0. Seri hanya pada separuh masa pertama)
Tapi aku tetap sorak bila Malaysia dapat peluang.
ESIS
Lebih baik kaitan sukan dengan bisnes berbanding kaitan sukan dengan politik.
(Dan judi adalah salah satu cabang bisnes, walaupun haram!)
Haha
Saya juga peminat rock 80-an. Saya masih ingat sewaktu menonton 'Battle of The Band" di Stadium Merdeka. Nak balik. Bas Mini dan teksi semuanya penuh. Waktu tu dah pukul 2.00 pagi. Jadi kami jalan kaki dari Bus Stand Klang sampai Batu 6, Jalan Klang Lama.
Catat Ulasan