Memang mudah untuk mengaku bodoh (tidak tahu - naif), walaupun kita tahu akan sesuatu.
Dan sesungguhnya amat sukar sekiranya kita mengaku tahu, walaupun hakikat sebenarnya kita tak tahu menahu akan sesuatu. Kerana akan menjadi rujukan dari masa ke semasa tentang perkara yang kononnya kita tahu itu.
Dengan itu, menyebabkan hidup kita akan menjadi lebih sibuk dari yang sepatutnya. Kerana kalau kita menipu sekali, sudah tentu kita akan terus menerus menipu untuk menutup ketidaktahuan kita yang sudah diisytiharkan sebagai tahu.
Oleh itu, jangan menipu!
Kalau bodoh mengaku saja bodoh.
Benarlah kata-kata Sanisudin suatu masa dulu, "Dalam pandai ada bodoh yang tersembunyi, dalam bodoh ada pandai yang tersendiri"
Jadi, mahu mengaku kita ini bodoh (buat-buat bodoh) atau mengaku kita ini pandai (tapi bodoh)?
Mazhab (Sosiologi) Pendidikan: Punca Kita Sukar Sependapat
3 hari yang lalu
10 ulasan:
pedasnya
ada orang pandai, tapi mengaku bodoh. sekali tengok macam merendah diri. dua kali tengok, macam bongkak pulak. contoh: seorang popular menang berbagai anugerah, lepas tu cakap 'saya tak tau apa2, saya buat saja, lepas tu saya menang...'
jangan jadi
pandai tak boleh diikut.
bodoh tak boleh diajar.
bodoh sombong
esis, satu lagi, bodoh ke taik hahahaha
bila berdepan dengan orang bodoh, kita akan merasa pandai. bila berdepan dengan orang pandai, kita akan merasa bodoh.
bodoh dan pandai itu memang milik kita.
KINGBINJAI
tak lah pedas manaa.. hehe
SPYZ
mana lebih baik? merendahkan diri atau membangga diri?
ESIS
ya. bodoh sombong pun biar yang tersendiri! haha
ZIZIE ALI
memang kedua-duanya milik kita.
p.s. terima kasih kerana melawat
Kadang-kadang saya rasa mentee saya bodoh, kadang-kadang saya rasa mentee saya memang pandai!
Catat Ulasan