Ahad, Oktober 08, 2006

KEMBARA : Bagan Hailam

Gambar-gambar dirakam di sekitar perkampungan nelayan di Bagan Hailam, Perlabuhan Klang.


Photobucket - Video and Image Hosting
Lihat pada pakaian dan keris. Datuk Awie adalah orang Melayu.


Photobucket - Video and Image Hosting
Diceritakan bahawa Dato Gali ini juga dikenali sebagai Haji Ali.


Photobucket - Video and Image Hosting
Pada tokong ini, patung juga memegang keris (perlembangan Melayu) dan ia memakai songkok.


Photobucket - Video and Image Hosting
Walaupun tiada gambar atau patung yang bercirikan orang Melayu. Tetapi wujudkah golongan istana (dengan pangkal nama Tengku) berbangsa lain selain Melayu?

Semua tokong-tokong yang disembah oleh orang Buddha ini adalah Keramat yang berbangsa Melayu. Dan ada sejarahnya setiap satu tokong-tokong tersebut.

20 ulasan:

kingbinjai berkata...

ooo ooo teruskan teruskan

pnin berkata...

serius aku terkesima. cuba huraikan dgn terperinci 'sejarah' yang kau maksdukan tersebut?

colourful chicken berkata...

that mean penganut buddha mempergunakan nama-nama orang Melayu...
mungkin diorg xda nama-nama yang berpengaruh seperti org Melayu kot...

amanitium berkata...

ini yang kau pergi hari jumaat tu ke? promote nara yuda tak? haha.

esis berkata...

aku pernah jumpa satu kat kelang, tokong tengku husain kat satu sekolah cina. tp tak ingat kat mana. nama tempat tu.

BooK berkata...

waaa. ni menakjub kan ni. buat sekuel bro!

el-Maaniq berkata...

KING BINJAI,
baik. mesti teruskan...

el-Maaniq berkata...

PNIN.
aku juga terkesima mula-mula.

nanti aku ceritakan sejarah tokong2 tersebut dalam entri seterusnya. (tapi kena tunggu entri pnin & suyuf dulu, hehe)

el-Maaniq berkata...

COLOURFUL CHICKEN.
bukan bukan. atau ntah? mungkin kau betul. tapi aku rasa tak.

nanti aku cerita sejarahnya. mungkin ada jawapan yang jelas sikit. then kita kaji kenapa & natijahnya, ya?

el-Maaniq berkata...

AMANITIUM,
ya.. tapi tak pulak promote NARAYUDA.

el-Maaniq berkata...

ESIS.
tokong Tengku Husin ini pun memang depan sekolah cina. tapi dah tak operate sebab tak cukup anak murid.

Mungkin ada banyak tokong 'Tengku Husin' ni kot. Emm siapa Tengku Husin ni ya? Aku masih mencari..

el-Maaniq berkata...

BOOK.
haa? Nak buat sekuel? err. Macamana?

Ibu berkata...

hmmm.... possible tak kalau tengku husin itu nama sebenarnya "Khoo Hew Shin" ? Hmmm..... hmmm....

el-Maaniq berkata...

IBU,
saya tak rasa macam tu. berdasarkan apa yg diceritakan. sebab yg dibagitau, mereka ini memang orang melayu

INDERA KENCANA berkata...

Alamak, best la jumpa ko maaniq

shenyeeaun berkata...

bukan. sudah salah anggap. sukar hendak dijelaskan dalam sehari ataupun di sini. secara ringkasnya orang malaysia termasuk mereka yang beragama buddha sendiri telah terpengaruh dan tercampuh dengan unsur taoisme..

Buddha yang sebenar dan tulen hanya percaya pada ajaran buddha. Di sebelah taoisme pula mereka mempercayai kewujudan kuasa dan roh dewa dan dewi.

ceritanya pangjang bagaimana agama buddha boleh bercampur dengan taoisme dan akhirnya majoriti mengenalinya sebagai agama buddha.

faktor geografi , persekitaran , adat , budaya , sejarah dan sebagainya menjadi antara penyebabnya.

sebenarnya banyak juga tokong penyembahan datuk di seluruh malaysia sehingga bomoh datuk pun ada. bomoh datuk ( dalam kontes bomoh cina ) ialah roh datuk tersebut memasuki badan orang tengah itu dan menolong orang yang menjumpainya. untuk orang islam mungkin susah hendak diterima. tetapi hakikatnya segala perkara yang sudah dan belum melanda kita biasanya dikatakan oleh sesetengah bomoh ini adalah benar-benar belaka. Tidak dapat dinafikan disebalik ada bomoh yang tulen juga ada bomoh-bomoh palsu yang berniat mengaut keuntungan.

kembali kepada cerita-cerita datuk pula. sebenarnya ada juga kebenarannya kerana banyak orang kena nombor ekor dan mimpi mereka tercapai selepas menyembah datuk. bukan semua tetapi sebilangan besar. untuk islam memang adalah sukar untuk kalian menerimanya.

sebagai contoh di klang ada sebuah tokong datuk juga. pada suatu ketika dahulu pernah ada pihak mahu merobohkan tokong itu untuk tujuan pembinaan. walaubagaimanapun setiap kali ada percubaan untuk merobohkan tokong tersebut ada sahaja perkara - perkara aneh yang berlaku dan sehingga hari ini tidak berjaya dirobohkan. hehe...

di bukti jugra juga adalah tokong sultan abdul samad. panjang ceritanya bagaimana sultan tersebut boleh menjadi dewa untuk disembah dalam kalangan orang taoisme.

bukan orang buddha atau sesiapa menggunakan nama orang-orang melayu. ada juga sebab dan prosesnya sebelum seseorang boleh menjadi dewa yang boleh disembah. bukannya orang sebarangan dan sesiapa mahu menjadikan sesiapa sebagai datuk atau dewa boleh.

antara proses yang umum ialah datuk tersebut sendiri masuk ke dalam mimpi sesetengah orang dan akhirnya .......pangjang prosesnya

kini datuk bukan sahaja disembah orang oleh cina. tetapi juga banyak orang india juga turut mempercayai datuk setelah mimpi mereka termakbul ataupun biasanya kena nombor ekor.

el-Maaniq berkata...

Begitulah juga yang saya dengar. Cuma belum berkesempatan untuk berhurai-huraian lagi. Insya Allah, akan datang.

SHEN YEE AUN,
terima kasih kerana berkongsi maklumat.

Tanpa Nama berkata...

kat apartment aku pun ada tokong mcm ni...signage kat situ tulis 'haji hussin'..tapi agaknya ia mengelirukan dia tulis dalam chinese char.

dugongsenyum berkata...

kat opis aku dulu nama dia Datuk Sahaduddin, ada orang melayu pun dok bakar colok dan sembah2 untuk mintak nombor ekor!

tengok sini -> http://dugongsenyum.fotopages.com/?entry=273766

Tanpa Nama berkata...

banyak juga barang tinggalan al-marhum sultan abdul samad di dalam tokong jugra ni seperti2 bilah keris, tali pinggang & peti besi. saya (orang asli) baru sahaja menyembah datuk yang dipercayai adalah orang asli. kesahihannya tak dapat nak dibuktikan.. tapi ramai orang asli sekitar selangor datang menyembah datuk yang mana dipercayai sultan abdul samad adalah orang asli.. sembahan sirih pinang, cerut & tembakau.. (kebiasaannya diamalkan oleh orang asli).. mohon maaf jika tersilap bicara.