Rabu, Oktober 04, 2006

Cemburu benda tidak bernyawa

Kuat cemburu atau cemburu buta. Atau open minded - tidak cemburu bukan persoalannya.

Korang dalam katagori mana, bukanlah urusan aku sangat. Dan bukanlah aku mahu menceritakan aku di katagori yang mana.

Sebelum ini, handphone aku adalah antara benda tak bernyawa yang paling aku sayang. Ia membuatkan aku rasa lemas jika ketiadaannya. Dan sehingga kini aku akan membawanya kemana-mana. Walaupun taklah segempak mana, tapi aku menyayangi handphone aku tu.

Dan baru-baru. Dan sesuatu yang 'baru' dalam hidup aku. Dan tentunya aku akan sayang juga pada yang baru ini.

Oleh sebab itu, (mungkin) handphone yang aku sayangi (dan masih sayang) itu telah merajuk dengan tidak berfungsi seperti yang sepatutnya. Sudahlah baterinya yang cepat habis walaupun baru re-charge. Dan baru-baru, flip nya terus patah tanpa apa-apa punca.

Photobucket - Video and Image Hosting

Aku ceritakan pada kawan aku. Dan dia mengakuinya dengan mengambil contoh dirinya dan kawan-kawan lain yang kenderaan mereka sering cemburu bila mereka mahu (baru berniat) bertukar kepada kenderaan yang baru.

Kalaulah benda yang bernyawa juga tahu cemburu, takkan kita yang bernyawa ini tidak ada perasaan cemburu?

p.s. cemburu tanpa sayang, che pah!

16 ulasan:

BooK berkata...

walau pun aku ada handset baru. handset lama aku berfungsi seperti biasa lagi.

situmas chicken berkata...

sebab tu mak aku cakap...
"jangan cakap depan-depan..." ntah betul ntah tidak...

Tanpa Nama berkata...

kau cemburu dengan sapa tu hehe

Amanitium Cho berkata...

ish, bahaya ni el, kau ada melakukan perkara sumbang dengan hp kau ke? haha.

kingbinjai berkata...

kebetulan

el-Maaniq berkata...

BOOK
Handphone2 ko rela dimadu

el-Maaniq berkata...

COLOURFUL CHICKEN,
emm tapi macam betul. tapi jangan percaya sangat.

el-Maaniq berkata...

OP
orang lain je cemburu kat aku. aku err ada juga cemburu. sikit-sikit. hehe.

el-Maaniq berkata...

AMANITIUM,
aku rasa tak. haha

el-Maaniq berkata...

KINGBINJAI,
mungkin juga.

Rie berkata...

bro ada orang cemburu kat MVi baru ko. hahahaha

el-Maaniq berkata...

ESIS
sapa? haha. dia pun macam handphone aku juga ke? haha

Tanpa Nama berkata...

Cemburu tanda sayang. Tapi kalau handphone cemburu ... tanda apa, ya.

Tanpa Nama berkata...

Cemburu tanda sayang. Tapi kalau handphone cemburu ... tanda apa, ya.

Tanpa Nama berkata...

Cemburu tanda sayang. Tapi kalau handphone cemburu ... tanda apa, ya.

el-Maaniq berkata...

BRO AMIR,
ya. orang kalau cemburu tanda sayang. tapi kalau handphone cemburu, tak tau pula.. hehe