Hantukkan kepala ke dinding
Bila kepala pening
Ku mamah biji kopi
Tertekan tidak terperi
Apa ubat mengantuk?
Ku tak rela terlena
Aku mahu berjaga
Kerja bertimbun
Berhenti mengelamun!
Apa ubat mengantuk?
Gula-gula manis rasanya
Orang kata pembuka mata!
Ku rasa rimas dan lemas
Basahkan tubuh segarkan nafas
Apa ubat mengantuk?
"Hoi Saudara mengapa bersusah payah?
Pipimu merah mata merekah!
Tinggalkan timbunan itu
Pergi diam dalam kamarmu
Penawarnya hanya satu
Tidur dalam kelambu!"
Rabu, November 29, 2006
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
8 ulasan:
dalam maksudnya tu. hahaha
Betul-betul-betul. Aku pun sokong la... tu lah cara yang paling seswai
hahaha...
kalau mengantuk tidur sudah...
pnin,
tidur dalam duvet la best!
mamah biji kopi?
kopiko?
patutlah aku terbatuk2 bila nama aku dipanggil..
hamba datang tinggal jejak.. he he.
Ubat ngantuk tiada dua
Hanya satu, tido
Barang seminit ada
Biar lelah tiada
Kan cergas semula
Tido.. tido.. :P
tidur siang cukup sebentar
tp malam, takkan lagi tersedar
apa ubat mengantuk?
kalau betul2 nak jaga
cuba ambil wuduk ambil masa
renung utk sementara
alam penuh rahsia
insya Allah segar semula...
Catat Ulasan