Jumaat, Februari 09, 2007

RALAT : berkenaan entri sebelum ini

Sebenarnya bukanlah aku mahu rogol sesiapa (terutama mereka yang dalam gambar tersebut). Tapi kata-kata itu timbul kerana kekecewaan yang telah aku alami baru-baru ini.

Hidup aku memang membosankan!

Sejak akhir-akhir ini, telah ramai 'calon-calon' menantu mak bapak aku telah dipersembahkan kepada aku. Sama ada tunjuk gambar atau cerita-cerita sahaja yang aku dapat. Aku tak lihat sendiri 'calon-calon' itu. Tapi aku tak kisah.

Kerana bagi aku, cinta boleh dipupuk!

Tetapi yang menjadi masalah ialah, yang mana satu yang bapak aku berkenan, mak aku tak suka. Dan bila mana mak aku dah berkenan, bapak aku pula yang tak suka. Biasalah, memang dari dulu pun macam tu.

Umur aku bukan makin muda dan aku rasa aku dah bersedia sekarang.

Tetapi bagaimana aku mahu terteruskan kalau begini sikap mak bapak aku? Kerana itu aku katakan bahawa "Jangan salahkan aku kalau aku jadi perogol". Bukankah itu adalah fitrah bagi setiap manusia?

Kerana itu aku sudah membuat keputusan. Aku hanya akan berkahwin bila salah seorang dari mak bapak aku dah mati nanti. Siapa yang masih hidup, aku ikut pilihannya. Kalau dua-dua mati lagi senang.

Sebab pilihan hati aku ada dalam gambar tu. Cuba teka yang mana satu...

7 ulasan:

Unknown berkata...

Mungkin yang pakai baju kurung berwarna coklat oren oren sikit tu, atau yang pakai baju T merah menyilau atau yang pakai baju T berlengan panjang berwarna pink. Tak pun yang pakai baju biru yang tengah duduk sambil tersenyum tu... entahlahh.... pilihlah, asalkan bahagia...

Unknown berkata...

yang duduk dalam kereta kat belakang tu, menyorok malu...

el-Maaniq berkata...

KAK RAINA
terima kasih

el-Maaniq berkata...

BRO JIWARASA
haha... tak tak. dia ada dalam gambar

Unknown berkata...

Sapa nak kawin ni? Mak? Bapak? Awak?

Tanpa Nama berkata...

Semoga cikgu dalam dakapan rahmat Allah. Amiiin...

~zalisa maz~

cik puan daun berkata...

Yang mana satu ko berkenan, tu la yang ko pilih.

Alahhh.. yang mak or ayah ko tak suka.. Kalau ko dah suka.. Kena lah terima.. Kalau nak tuggu salah sorang mati, terbuang la masa ko. Kalau tak mati? and then ko yang mati dulu? kempunan seyyy.. ahahah