Rabu, Mac 05, 2008

Mambang pada bayang-bayang

Dalam masa dua minggu ini bapak, bonda, adik bongsu & pakcikku sangat sibuk di kedai. Tiap-tiap hari ada saja barang baru sampai dari pengedar. Dalam masa dua minggu ini stok barang-barang kerap habis. Paling banyak beras, gula, tepung, susu, kopi dan makanan-makanan keperluan.

Minggu lepas pakcik aku demam. Dan bermula semalam, bapak pula yang demam. Mungkin kerana kerja atau mungkin kerana cuaca.

Kalau dulu, bapak order beras seminggu sekali. Tapi akhir-akhir ini dua hari sekali. Mengapa trend membeli seperti ini berlaku?

Yang membeli adalah untuk penggunaan sendiri. Bukan untuk dijamu di bilik-bilik gerakan! Secara logiknya, orang-orang akan makan di luar kerana ketika inilah banyak makanan-makanan yang akan dihidangkan.

"Sambil-sambil makan, dengarlah apa yang saya nak kata. Saya bukan meminta, tapi saya merayu.... bla bla.. bloody bla..."

Tetapi masih membeli untuk kegunaan sendiri, Kenapa?

Atta, "Biasalah bila dah pilihanraya ni. Orang takut terjadi apa-apa selepas pilihanraya nanti. Jadi mereka beli barang-barang makanan siap-siap"

Patutkah berfikiran begitu?

6 ulasan:

amer zaman berkata...

ada juga yang bermentaliti begitu??

baru tahu...

tapi cukup ke beras yang dibeli untuk lagi 5 tahun...?

el-Maaniq berkata...

AMER ZAMAN,
Bukan sedikit tapi ramai. Kita mungkin selalu lupa 'sediakan payung sebelum hujan'.

Bagi aku, nothing to loose untuk beli...

blackpurple @ jowopinter berkata...

Takut lepas 8hb nanti harga barang naik kot... :)

el-Maaniq berkata...

BP,
Haha. Agaknya... Sapa boleh jamin semua calon tunaikan janji, kan?

kingbinjai berkata...

tahniah, mereka gagal perolehi 2/3 kerusi.

Tanpa Nama berkata...

keliru