Seperti yang dijanjikan, aku hadir ke PWTC dalam jam 2.48 petang. Walaupun aku berjanji sampai jam 3 petang, rupa-rupanya Zamri sampai di sana lebih lewat kerana seminar hakcipta tersebut habis lewat.
Slot untuk promosi buku "Rahsia Bisnes Mamak" sebenarnya sudah ditukarkan ke jam 1 tengahari hingga jam 2, tetapi kami ada urusan masing-masing yang menidakkan kehadiran kami tepat pada jadual yang sudah ditetapkan oleh PTS. Namun, bak kata Zamri, "Kita akan tetap hadir walaupun kami tiada slot."
Hampir jam 2 Pak Ya memanggil kami, kalau-kalau kami bersedia untuk memulakan slot. Tetapi ketika itu Andrea Hirata akan muncul untuk slotnya.
Oleh itu tangguh ke jam 3. Ada slot lain. Tangguh lagi. Jam 4, ada slot lain. Tangguh lagi. Solat Asar dulu. Jam 5, baru berpeluang kerana dalam jadual memang tiada slot siapa-siapa.
Alamak.
Apa aku nak cakap ni? Aku berbisik pada Pak Ya, "Kau tanya, aku jawap"
Maka, seisi soal jawap bermula...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan