Ya! Bak kata Puan Ainon, buku kami tak laku ketika dalam slot kami itu. Pembetulan, hanya laku satu sahaja iaitu dibeli oleh Abang Baharudin. Untuk pengetahuan semua, terutama Puan Ainon (hehe), dari pukul 3, setibanya saya di sana, kami dah menandatangan autograf buku tersebut kira-kira tujuh hingga lapan buah buku. (Memanglah masih dikira sikit).
Tapi, memang mengherankan apabila sampai saja slot kami, orang hanya mendengar (sambil tersenyum) tanpa berganjak untuk rapat mengambil buku yang tersusun di hadapan kami.
Tak apalah. Ini proses pembelajaran. Yang penting, buku ini habis untuk cetakan yang pertama!
Betul tak Zamri?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan