Isnin, April 21, 2008

PROMO : RBM (3)

Boleh beli buku ini di [sini].
Komen tentang buku ini di [sini].


Kejayaan besar pelopor bisnes seperti Kayu Nasi Kandar, Pelita Samudera, Habib Jewel, Mydin dan Kumpulan Barkath sering menjadi tanda tanya di kalangan peniaga. Mereka muncul secara tiba-tiba dengan rangkaian dalam dan luar negara. Ikon-ikon ini dianggap undefeated tycoon dalam bisnes mereka. Dalam dunia bisnes, cepat mendapatkan maklumat dan menggunakan maklumat yang betul penting kerana semuanya adalah kos yang perlu diambil kira. Menyedari hakikat ini, buku ini disusun dalam format sebegini supaya tip-tip yang dikongsi dapat diterapkan dalam dunia bisnes para pembaca.

Buku ini mendedahkan beberapa formula berjaya yang digunakan oleh para peniaga India Muslim yang sinonim dengan panggilan ‘Mamak’. Kewujudan mereka dalam dunia bisnes tidak sekadar melibatkan bisnes makanan semata-mata.

Para peniaga India Muslim membuka ruang-ruang bisnes baru yang menjadikan mereka sebagai entiti penting dalam bisnes itu. Dengan pemerhatian dan perkongsian pengalaman, mereka memiliki formula bisnes yang sama dan memberi impak yang kuat dalam bisnes tempatan. Bukan sekadar formula kejayaan, buku ini cuba mendedah-kan cabaran-cabaran yang bukan kecil yang dihadapi oleh para peniaga India Muslim. Ia membantu para pembaca melihat dan membuat persediaan sebelum memasuki alam bisnes sebenar.

Kejayaan besar bisnes India Muslim hari ini bermula daripada formula-formula asas dalam bisnes kecil. Semakin kompleks bisnes itu, formula asas diperkuatkan dengan formula-formula baru yang sesuai dengan keperluan bisnes baru. Buku ini melihat kepada formula-formula asas itu.

Budaya niaga India Muslim tidak tertumpu pada ringgit dan sen semata-mata. Budaya niaga yang menjadi budaya hidup warisan keluarga ini mempunyai teras yang kuat dan lebih mahal nilainya berbanding mencari untung semata-mata. Buku ini mendedahkan rahsia itu.

Banyak formula yang digunakan oleh mereka bagi me-neruskan jangka hayat bisnes sehingga diterima masyarakat pelbagai bangsa. Inisiatif kepada penghasilan buku ini bermula dengan menyenaraikan setiap formula kepada bentuk tip-tip yang mudah. Buku ini ditulis berdasarkan pemerhatian, respons dan rekod-rekod yang disusun semula daripada pel-bagai sumber tempatan dan luar.

Sehingga kini, bisnes Mamak dilihat sebagai misteri. Tidak banyak buku mengenainya ditulis dan sukar diperoleh. Hanya usaha-usaha daripada sudut jurnalistik yang konsisten sahaja menjadikan pembaca peka pada perkembangan bisnes Mamak.

Isi Kandungan
Prakata
Cara Menggunakan Buku Ini

Asal Usul dan Perkembangan Bisnes Mamak
Bab 1: Mamak, Perkataan Pelbagai Makna

Bab 2: Sejarah Bisnes India Muslim
Bab 3: Mamak danVariasi Bisnes

Bisnes Sebagai Ibadah
Bab 4: Agama dan Bisnes
Bab 5: Mencari Berkat Awal Pagi
Bab 6: Bisnes Mamak dan Politik Bisnes Antarabangsa

Mencari dan Mencipta Pelanggan Setia
Bab 7: Pilihan Lokasi yang Betul
Bab 8: Tawarkan Apa yang Pelanggan Cari
Bab 9: Berhadapan dengan Waktu Sibuk
Bab 10: Diskaun untuk Orang Lama
Bab 11: Kerusi Pelanggan adalah Hak Pelanggan
Bab 12: Magnet Hiburan Penarik Pelanggan
Bab 13: Memendekkan Waktu Urus Niaga Pelanggan
Bab 14: Gaya Memikat Pelanggan
Bab 15: Gaya Mencipta Keinginan Pelanggan
Bab 16: Mengelak Persepsi Negatif pada Produk
Bab 17: Mengurus Pelanggan Bermasalah
Bab 18: Mudah, Jelas dan Terus kepada Pelanggan
Bab 19: Layan Pelanggan Sesegera Mungkin
Bab 20: Pekerja Bergerak dalam Stesen Layanan Sendiri
Bab 21: Restoran Mamak daripada Kaca Mata Pelanggan

Tradisi Bisnes Mamak Sebagai Warisan
Bab 22: Biar Kecil Jangan Mati
Bab 23: Cabaran Bisnes 24 Jam
Bab 24: Cipta Ruang dan Peluang untuk Orang Lain
Bab 25: Rezeki untuk Semua
Bab 26: Menerima Wang dengan Dua Belah Tangan
Bab 27: Menukar Cara Hidup Berbanding Jual Beli
Bab 28: Keluarga dan Rakan Niaga
Bab 29: Tiada Kata ‘Tidak’
Bab 30: Rahsia 786

Kepimpinan dalam Bisnes Mamak
Bab 31: Gerak Hati dalam Amalan Bisnes
Bab 32: Merekrut Pekerja
Bab 33: Pekerja Melayu dan Bisnes Mamak
Bab 34: Pemakaian Uniform Mengurus Kos
Bab 35: Bahan Mentah dan Inventori
Bab 36: Formula Dua K dalam Mengambil Pekerja
Bab 37: Rahsia Survival Pekerja Asing
Bab 38: Satu Hidangan Satu Bekas
Bab 39: Air Naik, Harga Naik
Bab 40: Kurangkan Bahan Tampung Kos
Bab 41: Harga Sana Lain Sini Lain
Bab 42: Cukai Lima Peratus
Bab 43: Kiosk Cara Mamak
Bab 44: Menjual Buku, Majalah dan Akhbar di Restoran
Bab 45: Memilih Rakan Usaha sama
Bab 46: Nilai Manusia dalam Memilih Rakan Kongsi
Bab 47: Main Peranan Kecil dalam Bisnes Besar Cabaran Bisnes Mamak
Bab 48: Isu Halal
Bab 49: Isu Pengemis Sana Sini
Bab 50: Kas-kas dan Ketagihan
Bab 51: Penglibatan Kempen Kerajaan
Bab 52: Mandrem dan Sihir Pelaris Bisnes
Bab 53: Sama Tetapi Tidak Serupa

Suka Duka Bisnes Mamak
Bab 54: Daripada Gerai ke Restoran Berangkai
Bab 55: Iklan Skrin Digital
Bab 56: Teknologi dalam Khidmat Pelanggan
Bab 57: Roti Canai Fenomena Dunia
Bab 58: Kisah Pekerja Bernama Hanifa
Bab 59: Pusat Proses Ayam Halal
Bab 60: Mencipta Ikutan Penuh Kreativiti
Bab 61: Produk pada Harga Borong
Bab 62: Daripada Kedai Kecil kepada Pengeksport Dunia<>

3 ulasan:

Tok Rimau berkata...

Sila hubungi Spyz utk modus operandi penerimaan buku GT. No tepon and emailnya sudah saya mel kpd anda. SEGERA.

OP Zaharin berkata...

tahniah maaniq. berjaya jugak projek buku kau ni :)

kingbinjai berkata...

tahniah bro :D