Rabu, Ogos 27, 2008

TEATER : menunggu 2 jam yang dimaksudkan

Persoalan mengapa, siapa, bagaimana dan bila Sultan Alauddin syahid (dan kenapa syahid, bukan mati?) diracun tidak disampaikan dengan secara penuh efektif kepada penonton yang menonton pementasan teater 'Dua Jam Sebelum Sultan Alauddin Syahid Diracun', di Auditorium Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya semalam.

Perkara-perkara penting yang sepatutnya menjadi tujuan pementasan ini diadakan tidak disampaikan secara jelas melainkan secara syarahan semata-mata. Saya fikir, ini bukanlah kerana naskah. Tetapi kelemahan pengarahan dan lakonan yang tidak diatur tempo termasuk atikulasi pelakon-pelakon.

Ini menyebabkan naskah terbaru Faisal Tehrani ini mengikuti nasib naskah-naskah yang lain seperti Rintih Chicago dan Angin Madinah yang mendapat pengikhtiraf dari segi naskah tapi tidak berjaya, termasuk memberikan kepuasan kepada penonton.

Satu-satunya naskah Faisal yang berjaya, bagi pengamatan saya, hanya Misi yang ditangani oleh Namron dengan begitu cemerlang sekali.

Berbalik kepada pementasan 'Dua Jam Sebelum Sultan Alauddin Syahid Diracun', saya kira persembahan hanya bermula ketikamana pengarah Dr. Abu Hassan Hasbullah naik ke pentas untuk memberikan arahan kepada pelakon-pelakon. Satu jam lebih sebelum itu adalah sia-sia dan amat membosankan. Mungkin inilah 'akibat' dari genre yang diasaskan oleh Augusto Boal itu.

Menurut Faisal, teater ini menyajikan tiga lapis teks, tetapi lapisan pertama tentang persiapan sebelum persembahan (babak dalam dressing room) tidak disampaikan dengan baik, jadi bagaimana nak membantu penonton mendapat lapisan ketiga yang memerlukan 'renungan' itu.

Bagaimanapun, tahniah kepada Akademi Sinema Amatur Malaysia kerana masih dikira berjaya mempersembahan teater Islami di tengah-tengah iklam politik Malaysia yang aneh dan semangat hari kemerdekaan. Diharapkan selepas ini kita (baca : khalayak teater) dapat menonton lebih banyak teater-teater Islami yang bermutu.

Untuk teater ini saya beri tujuh bintang! Tujuh dari duapuluh-satu bintang penuh.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

benarlah kata akhi FT; khalayak penonton ada dua sahaja untuk teater ini. Sama ada SUKA atau TIDAK.

Alhamdulillah, terima kasih kerana sudi datang menonton. Tidak semua orang memahami Babak 1 dan 2 yang memang mendalam dan penuh lapis setiap inci dialognya. Kerana pembunuhan Sultan Alauddin bertitik tolak dr lapis makna yang terdapat di babak 1 dan 2.

Rudy

Tanpa Nama berkata...

Tajamnya!

Tanpa Nama berkata...

wah, begitu terukkah? adakah sebab teknik teaternya sangat baru atau mmg 'idea' tak sampai?

el-Maaniq berkata...

RUDY,
aku setuju setiap dialog punya lapis makna yang tersirat. Cuma aku rasa teater bukan tempat untuk bersyarah.

el-Maaniq berkata...

ZALIZAMAZ,
Errr... tajam sangatkah? Saya komen dengan ikhlas.

el-Maaniq berkata...

FADZ,
sebenarnya kerana teknik yang sangat baru. ideanya tak sampai kerana lakonan dan lain-lainnya terletak di tempat yang seterusnya.
Yang didahulukan adalah sub-teks & inter-teks.
kesian kepada mereka yang baru nak kenal teater. ini akan mendekatkan mereka pada muzikal semata-mata.