Beberapa Contoh Sebab-Musabab Timbulnya Bid’ah
• Kecenderungan hati kepada dunia memandu tubuh juga pemikiran kepadanya lalu dicicirkan asas asal maksud menuntut ilmu yang kemudiannya menjunjung hawa-nafsu dan `aqal sebagai pemutus sesuatu perkara
• Lahirnya generasi demi generasi sedemikian yang mewarisi `amalan dari generasi sebelumnya yang bercampur-baur membawa kepada percambahan bid’ah
• Bahasa Arab terpinggir apabila bahasa selainnya dimartabatkan dan ini makin menyukarkan untuk memahami lebih mendalam setiap nas-nas yang ada melainkan dengan tafsiran bahasa lain yang kurang gaya-nilai berbanding bahasa Arab
• Tidak didedahkan dengan sunnah Nabi S.A.W samada melalui halaqah ta’lim maupun pekerjaan sehari-hari yang mana perlawanan (bid’ah) jualah yang akan mengambil-alih hatta menyuburkan ibadat yang ghuloo/berlebih-lebihan melampau batas
• Penyelewangan Ulama’ dan Umara’ di dalam melaksanakan ‘amar maaruf nahi munkar yang mana diamnya ulama’ menjadikan umara’ baik jahil ataupun tidak akan lancang berfatwa membuta-tuli kemudian diikuti rakyat di bawah
• Penentang bid’ah dengan bid’ah sebagaimana Khawarij menafikan Muktazilah atau menggantikan sesuatu bid’ah dengan bid’ah lain pula
• Kesan pengaruh suasana akibat iman yang lemah atau cacat atau rosak bahkan tercabut tanpa disedari yang mana contoh pengaruh adalah seperti kemasukan besar-besaran falsafah Yunani ke dalam dunia Islam di zaman Islam mula berkembang di Rom dan Greece juga Iran yang tidak kurang pengaruh Majusinya. Begitu juga pengaruh pendapat-pendapat orientalis, gerakan liberal-plural, pembebasan hak wanita juga motivasi-motivasi berasaskan logik semata-mata
• Ta’sub bermazhab yang kelak mengingkari mazhab lainnya lalu jadilah ia seorang yang ghuloo, taqlid buta, talfiq sesuka hati tanpa jalan yang benar
• Menjauhi halqah-halqah ta’lim, menjauhi para ulama’ serta sahabat yang condong jantungnya ke akhirat serta berdolak-dalik atas urusan agama demi menyediakan panca-indera untuk memberati hal-ehwal dunia
Solusinya
• Pro-aktif daripada individu dan masyarakat dalam mendorong untuk bertaqarrub kepada Allah dengan sunnah Nabi S.A.W yang sohih
• Bersikap analitis dalam menerima sesuatu maklumat tanpa terus menerima bulat-bulat dengan cenderung merujuk sunnah salafus soleh terlebih dahulu
• Mengutamakan ilmu agama yang asas bagi setiap Muslim kemudian diikuti ilmu keduniaan bagi manfaat seluruh kaum Muslimin
• Berganding bahu daripada Umara’, Ulama’ dan rakyat dalam mengerjakan amar ma’ruf nahi munkar dengan mengukuhkan asas-asas kerja dakwah, ta’lim wa ta’lum, ibadah dan khidmat
• Istiqomah pada yang sunnah walaupun sedikit daripada ghuloo walhal berdiri padanya bid’ah
• Mendahulukan Quran dan Sunnah sebagai pemutus di dalam perselisihan
Mazhab (Sosiologi) Pendidikan: Punca Kita Sukar Sependapat
2 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan