Selasa, Oktober 28, 2008

Bi'dah - Perantaraan Kepada Kufur 4


Asal Hukum

Beberapa perkara asas dalam menentukan sesuatu hal supaya tidak sewenang –wenangnya dirumuskan sebagai bid’ah yakni ;


Sesuatu yang tidak dilakukan itu tidak menunjukkan yang dianjurkan oleh syariat dan tidak juga ditegah olehnya, tetapi perkara tersebut dikira sebagai perkara harus (ibahah asliyah). Jadi apabila sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulillah S.A.W dan para Sahabat R.A tidak menjadi dalil yang ia disuruh, maka ia juga tidak boleh dijadikan dalil yang ia ditegah selagi mana tidak terdapat dalil yang jelas menegahnya. Namun diingatkan, hendaklah dilihat adakah ia termasuk dalam mana-mana kaedah am syariat (qowa’id syar’iyyah) atau ia dapat diqiaskan dengan perkara yang disebut nas? Sekiranya ia termasuk dalam perkara tersebut, maka kita mengatakan bahawa ia terdapat di dalam syariat. Dan sekiranya ia ditolak oleh kaedah atau bertentangan dengan nas-nas, maka kita katakan yang ia adalah bid’ah.


Namun begitu, para ulama’ Salaf telah menggariskan panduan asas dalam kaedah untuk melaksanakan ibadah di dalam Islam.


Asal hukum di dalam ibadat adalah tawaqqud (berhenti hingga ada dalil)
Perkataan Al-Imam As-Subki dinukilkan oleh Ibn Hajr Asl-`Asqolani, Fath Al-Baru : 4/174
Asal hukum di dalam ibadat adalah jika ia tidak dituntut, ia tidak berlaku
Nihayah Al-Muhtaj Ila Syarh AL-Minhaj : 3/109
Asal hukum di dalam ibadat adalah jika tidak dituntut, adalah terbatal
Perkataan Asy-Syaubaru dinukilkan oleh l-Bujairami Asy-Syafie, Hasyiah Al-Bujairami ‘Ala
Al-Khatib : 3/497)
Bahawasanya asal hukum di dalam ibadat adalah tidam membawa kepada wajib melainkan dengan adanya dalil
Muhammad ibn Yussuf ibn `Isa Fitsy Al-Ibadi
Asal hukum dalam perkara bermanfaat ialah mubah (harus), manakala dalam perkara mudhorat ialah haram. Maka berkata ramai ulama’ antaranya Al-Imam Isnawi, dan ini hanya berlaku selepas disyariatkan dengan dalil-dalil syarie, sedangkan sebelum warid (ada dalil), maka pilihan para ulama’ ialah waqf (berhenti pada dalil)
As-Syeikh Muhammad ibn Muhammad : At-Taqrir Wa At-Tahbir, 3/198
Asal hukum di dalam ibadah adalah tawqif (bersandarkan kepada dalil)
Syarh Al-Bahjah Al-Wardiyyah : 4/150
Asal hukum dalam ibadat adalah dilarang, maka tidak disyariatkan daripadanya melainkan apa yang disyariatkan oleh Allah & RosulNYA. Manakala asal hukum di dalam muamalat dan kepenggunaan seluruhnya adalah harus, maka tidak diharamkan melainkan apa yang diharamkan oleh Allah & RosulNYA
As-Syeikh Abd.Rahman As-Sa’di : Tafsir Al-Latif Al-Mannan Fi Khulasah Tafsir Al-Ahkam, 1/299
Asal hukum di dalam ibadat adalah apa yangdisyariatkan. Dan setiap bid’ah adalah kesesatan, inilah makna penyaksian bahawasanya Muhammah adalah Rosul Allah
As-Syeikh Abd.Rahman ibn Muhammad Al-Hanbali : Hasyiah AL-Usul AL-Thalathot, 1/91
Asal hukum dalam semua perkara adalah harus kerana Allah telah mencipta bagi hambaNYA semua benda di atas muka bumi untuk mereka manfaatkannya, melainkan apa yang diharamkan olehNYA S.W.T. Asal hukum di dalam ibadat adalah dilarang dan bersandarkan dalil, melainkan apa yang thabit di dalam syarak ia disyariatkan oleh Allah Azza Wa Jalla atau dari Rasulillah S.A.W
As-Syeikh Said ibn `Ali Al-Qahtani : Fiqh Al-Da’wah Fi Sohih AL-Imam Al-Bukhori, 4/195
Asal hukum di dalam ibadat adalah terbatal melainkan apa yang disyariatkan oleh Allah & RosulNYA
Ibn Qoyyim Al-Jawziyyah : Ahkam Ahli Al-Dhimmah, 1/121
Maka dengan membanci usul syariah, kita mengetahui bahawa ibadat-ibadat yang diwajibkan oleh Allah atau yang disukai oleh Allah tidak thabit (kewujudannya) melainkan dengan dalil syarak. Adapun adat, adalah kebiasaan manusia tentang dunia mereka daripada apa yang diperlukan oleh mereka, dan asal hukum di dalam hal ini adalah tidak dilarang. Oleh itu, tidak dilarang yang melainkan apa yang dilarang oleh Allah S.W.T. Demikian itu kerana perintah dan larangan adalah syariat Allah dan ibadat tidak boleh tidak mestilah sesuatu yang diperintahkan, maka apa-apa yang tidak thabit bahawa ia diperintahkan bagaimana hendak dihukum bahawa ia adalah ibadah? Begitu juga sesuatu yang tidak thabit di dalam ibadat bahawa ia dilarang, bagaimana boleh dihukum bahawa ia dilarang? Oleh demikian, Ahmad (Ibn Hanbal) dan selain beliau dari kalangan Fuqaha’ ahli hadith berkat, Sesungguhnya asal hukum di dalam ibadat adalah tawqif, maka tidka disyariatkan daripadanya melainkan apa yang disyariatkan oleh AllahTa’ala
As-Syeikhul Islam Ibn Taimiyah : Majmu Fatawa, 6/542
`Amalan terbahagi kepada 2; ibadat dan muamalat. Adapun ibadat apa-apa sahaja daripadanya yang keluar dari perintah Allah dan RosulNYA secara keseluruhannya, maka ia tertolak kepada pelakunya. Pelakunya termasuk di dalam maksud ayat . Oleh itu, barangsiapa mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu `amalan yang tidak dijadikan oleh Allah dan RosulNYA sebagai ibadat, maka `amalan itu adalah bathil dan tertolak kembali kepadanya. Ini sama seperti orang-orang yang solat di Al-Bait (Masjidil Haram) secara
bersiul-siul dan bertepuk tangan. Sesungguhnya Nabi S.A.W telah melihat seorang lelaki yang berdiri di bawah panas matahari, lalu Baginda bertanya tentangnya, dijawab kepada Baginda : Sesungguhnya dia (lelaki itu) bernazar untuk berdiri dan tidak duduk, tidak berteduh dan berpuasa. Nabi S.A.W mengarahkan dia supaya duduk dan berteduh, juga mengarahkannya meneruskan puasanya(HR Bukhori, Abu Daud dll). Maka Rosul tidak menjadikan perbuatan berdiri dan berpanas di bawah matahari itu sebagai qurbah (perbuatan mendekatkan diri kepada Allah) yang perlu dipenuhi lantaran nazarnya.
Ibn Rajab Al-Hanbali : Jami’al `Ulum Wa Al-Hikam, 7/3


Tiada ulasan: