Contoh-contoh Al-Masalih Al-Mursalah
• Membukukan ilmu-ilmu
• Meletakkan dasar (usul) dan kaedah seperti ilmu usul hadith, hadith, usul fiqh, fiqh, nahu, sorof dan sebagainya
• Percetakkan ke atas ilmu-ilmu tersebut secara berhati-hati untuk penyiaran kefahaman agama dengan pantas lagi meluas
• Memperbanyakan program-program yang Islamik dalam menentang dakyah serta ancaman amalan yang memurkakan Allah Azza Wa Jalla
• Membina menara masjid supaya suara muazzin dapat didengari, begitu juga pembesar suara atas maksud yang sama ke atas muballigh
• Membina penjara untuk mengawal jenayah
Bahagian Dan Martabat Maslahah
• Maslahah Yang Diiktibarkan
Adalah apa yang telah disyariatkan oleh Allah akan hukum-hakamnya dan dijelaskan oleh nas-nas akan tujuan disyariatkannya. Dengan itu tiada khilaf antara ulama’ dalam mengiktibarkan pembinaan syariat ke atasnya. Contoh :
Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudara kamu
Al-Hujurat – 10
Maka, perdamaian antara manusia adalah maslahah keIslaman yang menjalinkan tali persaudaraan di antara sesama Mukmin serta menzahirkan ketaqwaan mereka
• Maslahah Yang Dibatalkan
Adalah apa yang telah ditunjukkan oleh Allah ke atas pembatalannya dan dijelaskan bahawa perbuatan mengamalkannya adalah bertentangan dengan hukum syarak. Dengan itu, tiada khilaf di kalangan ulama’ bahawa tidak dibina syariat di atasnya.
Contoh: Menyama-ratakan bahagian pusaka di antara anak lelaki dengan anak perempuan.
Allah telah mensyariatkan bagi kamu tentang pembahagian pusaka untuk
anak-anak kamu. Iaitu bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua anak perempuan
An-Niza’ - 11
• Maslahah Mursalah
Adalah apa yang tidak diketahui secara khusus akan pengiktibaran dan pembatalannya oleh Yang Mensyariatkan dan dengan demikian ia dinamakan mursalah atau yang diturunkan atau diwahyukan. Dengan itu juga ia dinamakan sebagai
Al-Istidtaal Al-Mursal atau pendalilan menurut (maksud umum) diturunkan (syariat). Dengan demikian juga terdapat penamaannya yang lain sebagai Al-Istislah yang bermaksud penghasilan maslahah. Maksud ketiga martabat di bawah ini adalah menuju kepada keredhoan yang Esa jua, Cuma dibahagikan kepada 3 bagi menjelaskan keutamaan dan kepentingannya yang tersendiri. Kedua hal di atas dikaitkan disebabkan tiada dalil syarak yang khas ke atasnya
• Al-Masaalih Ad-Dharuriyah
• Merupakan maslahah yang terpenting di antara martabat-martabat maslahah yang lain, kerana ia untuk keperluan untuk perkara tertentu yang melibatkan beberapa hal yang telahpun disebut oleh Al-Ghazali (agama, jiwa, aqal, harta dan maruah)
• Maka setiap yang memelihara hal sedemikian adalah maslahah, menghapuskannya bererti fasad
• Al-Masalih Al-Hajiyyah
• Merupakan hal yang manusia berhajat ke atasnya untuk memudahkan kerumitan tertentu menahan dari sebarang keburukan tertentu seperti soal hutang-piutang, sewaan dan lain-lain lagi
• Sebarang penegahan terhadap hal keadaan ini akan meletakkan manusia ke dalam kesempitan dan kesukaran sesuatu urusan
• Al-Masalih At-Tahsiniyyah
• Martabat ini tidak merumitkan kehidupan manusia seandainya tidak dilaksanakan yang mana ia hanya merupakan penyempurnaan terhadap sesuatu bertujuan membentuk akhlak yang baik
• Contoh; adab berkhutbah, adab mesyuarat, pendekatan vokal dalam berdakwah dan sebagainya
Mazhab (Sosiologi) Pendidikan: Punca Kita Sukar Sependapat
2 hari yang lalu