Ahad, Oktober 11, 2009

DARI DALAM DIRI : Sibuk

Selepas lebih sebulan aku bertugas di syarikat baru, aku terasa bebannya.

"Semakin tinggi gaji, semakain tinggi tanggungjawab."

Memang benar! Dan sekarang aku lebih banyak meluangkan masa untuk kerja-kerja dunia. Jarang sangat berjemaah di sarau sekarang ini. Di rumah juga tidak juga solat berjemaah dengan isteri.

Ya Allah, ampun aku. Aku berjanji akan lebih banyak luangkan masa dengan perkara-perkara yang sepatutnya. Bebanan kerja sepatutnya tidak menjadikan alasan. Benarlah kata seorang teman, "Kalau kita lupakan ALLAH, maka ALLAH akan melupakan kita"

Solat lima waktu semata-mata tidak semesti kita mengingati ALLAH kerana kadang-kadang kita hanya solat untuk memenuhi syarat. Bukanlah kerana menginati ALLAH.

2 ulasan:

-Razman- berkata...

Ayat macam Waliyullah, tapi amalan? Kah kah kah ..

P/S Gurau2 je ye 'kembar' .. :D

elmaaniq berkata...

Man,
sebelum kita betul-betul menjadi baik, kita kena pura-pura menjadi baik. Tetapi kepuraan itu tidak seharusnya berpanjangan... wallahu alam