Selasa, Januari 24, 2006

METAFORA : Jom Bawa Kereta

Aku selalu bawa kereta.. tak kisah lah nak gi mana-mana pun, tapi memang aku suka bawa kereta. Dalam tak sedar, bila bawa kereta aku selalu je tengok depan. Jarang- jarang lah juga tengok kiri dan kanan.

Tapi kalau ada benda menarik tu tengok lah juga... macam accident ker.. tu pun sekejap je. Jarang-jarang juga aku tengok cermin pandang belakang atau 'side mirror' ... tu pun bila perlu je. Nak memotong ke atau nak tukar laluan.

Tapi bila aku berjalan atas landasan kehidupan ni, kenapa pulak aku asyik nak pandang belakang je? Terlalu sangat runsingkan tentang peristiwa silam. Kadang-kadang sampai buat aku jadi takut untuk melangkah kehadapan. Langkah jadi goyah dan tari hilang rentak bila dihambat kenangan yang menakutkan. Kenapa tidak aku jalani hidup ini seperti aku memandu kereta?

Pandang terus kedepan, dan pandang ke belakang sekadar mengambil panduan. Pandang kiri dan kanan mengambil iktibar dengan kejadian. Kerana kehadapan itu lah yang aku nak pergi. Destinasi aku yang sebenar. Bukan aku nak mengundur.

Wahai aku!!!!! Sedar lah..

p.s The past is past. I come for the future. And i'm the future...

Tiada ulasan: