Jumaat, November 03, 2006

pokok yang kurang zat

Bila 'Abang Ipar' aku buka cerita
pasal pengalaman dia di Kuantan,
tetiba juga aku teringat
pengalaman aku di Jengka, Pahang.

Pengalaman 'Abang Ipar' aku tu
tak sama ngan pengalaman aku ni
sipi-sipi pun bukan.
Cuma tiba-tiba teringat.

Mungkin sebab kami sama-sama
pernah belajar dengan Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.

Pernah dalam satu kelas,
dalam bulan Syawal juga
Ustaz Tuan pernah cerita
pasal orang kampung dia.

Adalah seorang Tua ni yang 'bijak' matematik
tapi bodoh dalam 'perkiraan'
[pandai dalam kira-kira tapi bodoh dalam berkira-kira]

Orang Tua ni tak pernah puasa
walaupun sehari dalam bulan Ramadhan
puasa-puasa sunat
dalam bulan-bulan lain
apatah lagi?

Sebabnya
dia hanya berpuasa
enam hari
dalam bulan Syawal semata-mata.

"Puasa enam hari,
sama macam puasa
sepanjang tahun."

Bukankah sebenarnya hadis,
menyatakan berpuasa penuh
dalam bulan Ramadhan
diikuti dengan enam hari
dalam bulan Syawal,
ganjarannya seperti
berpuasa sepanjang tahun?

8 ulasan:

kingbinjai berkata...

ha ha ha apa punya pemikiran la tu

esis berkata...

apa ke bangang orang tu.

Amiene Rev berkata...

wo ho ho ajaran sheshat.

INDERA KENCANA berkata...

Ada pepatah menyebut

Pandai tak dapat diikut
Bodoh tak dapat diajar

itulah dia..

el-Maaniq berkata...

KINGBINJAI
haha. macam-macam orang kan?

el-Maaniq berkata...

ESIS
tu le pasal. buat malu kat anak-anak je. sebab bini dia yang mengadu kat Ustaz Tuan

el-Maaniq berkata...

AMIENE REV
haha. bukanlah ajaran sesat, sebab takde sapa yang ikut. cuma dia sorg je yg buat benda tu

el-Maaniq berkata...

INDERA KENCANA
emm agaknya la...