Jumaat, Oktober 17, 2008

Bi'dah - Perantaraan Kepada Kufur 2

Yang paling aku takuti menimpa manusia ialah dua perkara yakni mereka mengutamakan pendapat mereka sendiri dari apa yang mereka ketahui dan mereka menjadi sesat sedangkan mereka tidak terasa(sedar).
Umar Al-Khattab R.A, Al-`I’tisham : 78



Apakah kamu melihat cahaya antara dua biji batu ini? Mereka (para sahabat R.A) menjawab : Wahai bapa Abdullah, kami tidak melihat cahaya antara dua batu itu melainkan sedikit sahaja. Beliau lalu berkata : Demi Tuhan yang diriku ini di dalam tanganNYA, bid’ah-bid’ah pasti akan lahir sehingga kebenaran tidak dapat dilihat kecuali sekadar cahaya antara dua batu ini. Demi ALLAH! Bid’ah-bid’ah akan merebak sehingga apabila ditinggalkan sesuatu bid’ah itu lalu mereka berkata: Engkau telah meninggalkan sunnah.
Umar Al-Khattai R.A, A-`I’tisham : 78


Tiap-tiap ibadat yang tidak dikerjakan oleh sahabat, maka janganlah kamu kerjakannya
Huzdzaifah Al-Yamani R.A, Ar-Ruju;ilal Quran was Sunnah : 286


Tiap-tiap ibadat yang tidak di’ibadati oleh sahabat-sahabat Rosul S.A.W, maka janganlah ber’ibadat dengannya.
Huzdzaifah Al-Yamani R.A, Ar-Ruju;ilal Quran was Sunnah : 286


Semua bid’ah adalah sesat walaupun orang ramai memandangnya baik.
Ibn Umar R.A, Ar-Ruju’ilal Quran was Sunnah : 286


Tukang bid’ah itu tidak bertambah ijtihadnya, puasanya, solatnya melainkan bertambah jauh

dengan Allah.
Hassan Al-Basri R.A T (Seorang tabi’in, murid Ali Karomallohu Wajhah) : Al-`I’tisham : 82

Barangsiapa mengada-adakan satu bid’ah dalam Islam yang dipandangnya baik, maka sesungguhnya ia telah menyangkakan bahawa Muhammad telah mengkhianati Risalah Allah,kerana Allah telah berfirman: Pada hari ini telah AKU sempurnakan kepada kamu agama kamu dan telah AKU cukupkan ke atas kamu nikmatKU dan telah AKU redhoi Islam itu menjadi agama bagi kamu
(Al-Ma’idah : 3)

Imam Malik Rah. : Ar-Ruju’ilal Quran was Sunnah : 287

Dan ini menjelaskan bahawa adalah haram bagi seseorang ber’amal (berhukum) dengan Al-Istihsan (mendahulukan sesuatu hukum atas hukum yang lain kerana keadaan tertentu) sekiranya Al-Istihsan itu berlawanan dengan yang baik. Dan yang baik itu dari Al-Kitab dan As-Sunnah.
Ar-Risalatu Asy-Syafie, Tahqiq wassharif/Ahmad Syukri, bab Al-Istihsan 503


Dan ini menunjukkan bahawa tiada seorang pun selain Nabi S.A.W yang dibolehkan memberi pendapat melainkan dengan berdalil. Dan tiada dibenarkan memberi pendapat hanya dengan Al-Istihsan. Sesungguhnya pendapat yang berdalilkan Al-Istihsan adalah merupakan suatu perkara yang direkai akannya dan tidak berdasarkan dari contohyang lepas (salaf).
Ar-Risalah, bab Kaifal Bayan : 25


Bid’ah pada syarak ialah mengadakan sesuatu yang tiada wujud di zaman Rasulillah S.A.W dan ia terbahagi kepada bid’ah hasanah dan bid’ah qobihah.
Al-Imam An-Nawawi, Tahzib l-Asma’ Wal Lughat 3/22


"Usul bid'ah adalah empat yakni Ar-Rafidhoh (Syi'ah), Al-Khawarij, Al-Qodariyah & Al-Murjiah."
Al-Imam Abdullah Ibn Mubarok w 181H (Majmu Fatawa, 5-350)



*Masing-masing 72 firqoh itu merupakan kematangan 4 golongan ini.


Perselisihan manusia kesemuanya kembali kepada tiga usul yakni setia.p satu mempunyai lawannya yang bertentangan. Sesiapa yang gugur dari berpegang dengannya maka ia jatuh ke dalam lawannya. Tauhid lawannya syirk, As-Sunnah lawannya bid’ah dan tho’at lawannya maksiat.
Yahya Ibn Mu’az Ar-Rozi (w 258H)


Pada satu waktu aku melalui padang teh bani Israil, maka terlintas di hatiku bahawa ilmu haqiqat itu berlainan dengan ilmu syariat, tiba-tiba ada orang membisik kepadaku : Tiap-tiap haqiqat yang tidak mengikuti syariat adalah kufur.
Abu Bakr Ad-Daqqoq : Al-`I’tisham : 122


Adalah manusia pada masa jahilliah mengikut apa yang dipandang elok oleh aqal dan tabiat mereka, maka datanglah Nabi S.A.W lalu menolak mereka ke dalam syariah dan mengikuti syariah, maka aqal yang benar waras ialah yang dipandang elok oleh syariah dan memandang jelek apa yang dijelekkan oleh syariah.
Abu Umar Az-Zujaji (sahabat AL-Junaid & Ats-Tsauri t : Al-`I’tisham : 122


Sesungguhnya aku bukanlah pembuat bid’ah tetapi adalah pengikut As-Sunnah. Sesungguhnya aku bukanlah seorang qodi (merekakan sebarang syariat) tetapi adalah seorang munaffidz (pelaksana hukum syarak)
Khalifah Umar Ibn Abdul Aziz

Perhimpunan ini yang tidak pernah dilakukan sebelumnya dan ia dinamakan bid’ah, kerana dalam bahasa Arab ; sesuatu yang diwujudkan kali pertama dikatakan bid’ah. Bukanlah dimaksudkan dengan bid’ah di sini bid’ah dari segi syarak seperti menggalakkan sesuatu yang tidak diredhoi oleh ALLAH, mewajibkan sesuatu yang tidak diwajibkan oleh ALLAH, mengharamkan sesuatu yang tidak diharamkan oleh ALLAH. Kerana itu jangan melakukan sesuatu dengan `I’tiqod yang menyalahi syariat. Oleh itu, sekalipun seorang itu melakukan sesuatu yang diharamkan dan dia masih ber`I’tiqod bahawa perkara itu tetap haram, tidak lagi dikatakan bahawa dia telah melakukan bid’ah.
Al-Imam Ibn Taimiyah, Minhaj As-Sunnah An-Nabawiyyah 4/224 pada perkataan
Hazrat Umar Al-Khattab R.A mengenai Solat Tarawih yang diimamkan oleh Ubai Ibn Ka’ab R.A sebagai sebaik-baik bid’ah


Bid’ah itu pada asalnya mengadakan sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelumnya dan apabila disebut dalam syarak ertinya sesuatu yang bertentangan dengan sunnah, jadi ia adalah dikeji. Tetapi jika diteliti, sekiranya ia termasuk dalam perkara yang mustahsan (dianggap baik)di dalam syarak, maka ia bid’ah yang baik. Tetapi jika ia termasuk dalam perkara buruk dipandang syarak, maka ia bid’ah yang dikeji. Dan kalau tidakpun, ia dari perkara harus, dan kadang-kadang ia boleh dikategorikan kepada hukum lima.
Ibn Hajar Al-`Asqolani, Fathul Bari Li Syarhi Sohih Al-Bukhori 4/203


*Pendapat hukum lima (pembahagian bid’ah kepada lima ; wajib, haram, sunat, harus & makruh ini juga diketengahkan oleh Al-Imam Izzudin Abdus Salam yang kemudiannya ditentang ramai ulama’ seperti As-Syatibi bahawa antara kekeliruan tafsiran bahasa dan syarak.
Ketahuilah, walaupun kami menyatakan makan di atas safrah lebih afdhol, tapi tidaklah bererti kami mengtakan makan di atas meja dilarang samada makruh atau haram, kerana tidak tsabit larangan mengenainya. Dan juga dikatakan ; Dia telah melakukan suatu bid’ah selepas Rasulillah S.A.W kerana bukan semua perkara baharu dilarang, tapi yang dilarang ialah bid’ah yang bertentangan dengan sunnah yang sohih dan menolak satu perkara yang diperintahkan oleh syariat sedang ‘illahnya (sebab yang mewajibkan) masih ada. Bahkan melakukan perkara-perkara baru itu menjadi wajib pada keadaan-keadaan tertentu jika berubah sebab-sebabnya. Dan meja itu tidak digunakan melainkan untuk meninggikan makanan supaya mudah dijamah.
Al-Imam Al-Ghozali, Ihya’ Ulumiddeen 2/3


Yang dimaksudkan dengan bid’ah itu ialah perkara yang baru diwujudkan yang tidak ada dalil yang membuktikannya di dalam syariat. Manakala sesuatu yang mempunyai dailil yang menunjukkannya, maka ia bukanlah bid’ah dari segi syarak walaupun ia bid’ah dari segi bahasa.
Al-Imam Ibn Rajab Al Hanbali, Jamie’ul `Ulum wa Al-Hikam, 160


Bid’ah itu dari segi bahasa islah perkara yang baru direka. Manakala dari istilah syarak, perkarayang dilakukan yang meyalahi perintah syarak berdasarkan kepada dalil samada berbentuk khas atau umum.
Al-Imam Ibn Hajar Al-Haitami, Al-Fatawa Al-Hadithiyyah, 205

Tiada ulasan: