Definisi Bid'ah Dari Segi Bahasa
Qul maa kuntu bid'aamminarrosuli
"Katakanlah aku bukanlah yang terawal daripada rasul-rasul."
Al-Ahqof - 9
Daripada perkataan asal yang sama, juga didapati perkataan Al-Badii' yang merupakan salah satu dari nama-nama ALLAH S.W.T membawa maksud pengujudan/perekaan dalam mengadakan segala sesuatu. Maka dialah yang mencipta segala makhluk iaitu mengadakan mereka sepertimana firmanNYA :
Badi’ussamaa waa tiwal-ardh
(ALLAH) Yang mencipta langit dan bumi.
Al-Baqoroh – 117
Kesimpulannya, dari segi lughoh, bid’ah ialah segala yang berlaku yang tiada mempunyai suatu contoh yang sama dengannya sebelum darinya.
Definisi Bid'ah Dari Segi Syarak
Umumnya ulama’ agak berbeza pendapat mengenainya yakni ada yang menjadikannya sebagai berlawanan dengan As-Sunnah dan ada pula yang mentakrifkannya sebagai umum iaitu merangkumi semua perkara yang berlaku selepas zaman Rasulillah S.A.W sama ada baik atau pun buruk.
Oleh demikian, definisi yang terbaik di antara keduanya adalah Bi’dah merupakan satu perkara yang direkai di dalam agama yang seakan-akan menyamai atau menyerupai hukum syarak yang bertujuan untuk pengabdian(taqorrub) kepada ALLAH tetapi tanpa mempunyai sebarang dalil syarak yang sohih terhadap kesohihan perbuatan tersebut sama ada dari segi asal atau pun keterangan (istinbat) syarak dari dalil-dalil tersebut.
(Nafsil Mussodiru Auw Al-I’tisom Lisy Syathibi, Darul Ma’rifah, Beirut 1402H)
Maka ia menjadikan bid’ah sebagi berlawanan dengan As-Sunnah dan dengan itu kesemua bid’ah adalah ditegah lagi menyesatkan.
Pembahagian Bid’ah Pada Hal Tertentu
(Menurut Hal Keadaan Ia Berlaku)
Bid’ah Fe’liah & Tarkiyah
• Maksud: (Fe’liah) Mengerjakan sesuatu `amalan perbuatan bertentangan dengan syarak atau mengerjakan sesuatu `amalan yang tidak dikerjakan oleh Salafus Soleh. (Tarkiyah) Meninggalkan perkara-perkara yang dituntut oleh agama kerana memandangnya lebih baik tidak dikerjakan apa yang telah dituntut mahupun digalakkan.
• Contoh : (Fe’liah) Mengada-adakan hadith palsu, menokok-tambah/mengurangkan hukum yang ditentukan Allah S.W.T, menambah/mengurangkan kafiat solat, mereka puasa atau solat khusus pada waktu-waktu khusus atau pada waktu terlaran, menyeksa diri dalam beribadah, merombak-ubah hukum yang telah ditetapkan Allah & Rosul. (Tarkiyah) Tidak mahu berkahwin kerana hanya mahu bermuroqobah tanpa sebab yang dibolehkan syarak, berpuasa terus-menerus tanpa iftar @ berbuka, mengharamkan atas diri sesuatu yang halal tanpa sebab yang dibolehkan syarak, meninggalkan hukum Allah dan Rosul kerana mengutamakan aqal fikiran (mendahulukan aqal dari Quran & Sunnah). Jelas ia sebahagian ghuloo @ melampau-lampau
Bid’ah `I’tiqodiyah, `Amaliyah & Qauliyah
• Maksud: (`I’tiqodiyah) Pekerjaan hati atau pegangan `aqidah yang tersasar dari asas-asas `aqidah ahlus sunnah wal jamaah. (`Amaliyah) Adapun bid’ah kategori ini adalah merangkumi setiap bid’ah yang melibatkan perilaku anggota tubuh-badan. (Qauliyah) Pekerjaan lisan Mengubah sesuatu yang datang mdari Rosul dengan perkataan-perkataan yang bertentangan dengan sunnah.
• Contoh : (`I’tiqodiyah) Terbentuknya firqoh-firqoh yang 72 (`Amaliyah) Lahir melalui bid’ah `I’tiqodiyah. (Qauliyah) Juga lahir melalui bid’ah `I’tiqodiyah
Bid’ah Zamaniyah & Mahaniyah
• Maksud: (Zamaniyah)Bersangkutan dengan masa/zaman tertentu, lazimnya berdasarkan sesuatu `amalan untuk dikaitkan dengan waktu tertentu. (Mahaniyah) Dikerjakan ditempat tertentu dengan `amalan tertentu.
• Contoh : (Zamaniyah)Menyambut malam Nisfu Sya’ban, Mandi Safar, Solat Khas Malam Lailatul Qadr dsb (Mahaniyah) Menziarahi qubur orang-orang soleh untuk bertawassul, membesarkan/memuliakan sesuatu tempat tanpa haqq.
Bid’ah Kulliah & Juzz’iyah
• Maksud: (Kulliah)Bererti keseluruhan, memberi kesan kepada orang ramai( Juzz’iyah) Bererti sebahagian, memberi kesan kepada pelakunya sahaja.
• Contoh : (Kulliah) Menggunakan aqal untuk menetapkan sesuatu baik dan buruknya sebagai ganti syarak dan seperti menolak hadith-hadith Aahad (bukan mutawatir) menjadi hujjah dan mengingkari ber’amal dengan hadith-hadith Aahad.( Juzz’iyah) Menyalahi sunnah perbuatannya namun tidak menjadi ikutan baik fikiran dan ‘amal-perbuatannya.
Bid’ah Haqiqiyah & Idhofiyah
• Maksud: (Haqiqiyah)Sama sekali tidak mempunyai dalil dari Quran, Sunnah, atau lain-lain kaedah syarak( Idhofiyah) ‘Amalan sunnah yang dilakukan dengan melampau-lampau atau bukan pada tempatnya
• Contoh : (Haqiqiyah)Tawaf di perkuburan, memulakan solat dengan salam, mengutamakan adat ke atas syarak ( Idhofiyah) Mengeraskan bacaan Quran di dalam masjid yang menganggu jamaah lain yang sedang beribadat, membaca selawat beramai-ramai dengan keras serta bersalam-salam selepas mengerjakan solat sehingga menganggu ketenteraman masjid.
Bid’ah Ibadiyah & Ah’adiah
• Maksud: (Ibadiya)Dilakukan dengan maksud untuk bertaqarrub dengan Allah. ( Ah’adiah) Berkaitan urusan muamalah antara manusia yang bertentangan dengan batas-batas yang telah ditetapkan oleh Allah & RosulNYA.
• Contoh : (Ibadiyah)Umumnya dikaitkan dengan ‘ibadah-‘ibadah yang bersandarkan pada hadith maudhu’, matruk, Isroiliyat dsb.( Ah’adiah) Kahwin tanpa mahar, mentalaqi isteri ketika sedang haidh, menghalalkan riba’ atas nama jual-beli dsb.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan