Khamis, Ogos 27, 2009
DRAMA SEBABAK : Puasa
Cindy : Tak boleh la
Emi : Kenapa?
Cindy : I period!
Isnin, Ogos 24, 2009
BELASUNGKAWA : Nurul Asyikin Binti Aminah
Semalam aku berada di Paya Bungor, Kuantan kerana berjumpa dengan Mak dan Ayah Mertua. Selepas mendapat panggilan dari Paeng dan SMS dari Amir, yang membawa berita kemalangan yang menimpa Kamal Adam dan (arwah) isterinya Syikin. Mula-mula aku perasan miss call dari Paeng jam tiga pagi, tetapi Paeng call semula ketika kami bersahur.
Kamal dan (arwah) isteri ditimpa kemalangan ketika pulang ke kampung Syikin di Pekan kerana ingin berjumpa dengan puteri kesayangan mereka. Anak mereka ditinggalkan di kampung sejak beberapa minggu lepas dan pastinya kerinduan mereka untuk melihat anak mereka tidak kepalang. Lebih-lebih lagi kerinduan seorang ibu! Tapi apakan daya, ALLAH tentunya ada percaturan sendiri.
Selepas menunaikan solat subuh, aku dan adik iparku - Arif, memandu ke Hospital Jengka kerana menurut Paeng, Kamal & (arwah) isterinya berada di sana. Tetapi belumpun sampai di Hospital - kira-kira 100 meter ke persimpangan Chenor/Jengka, Paeng call lagi untuk beritahu yang mereka sudah dibawakan ke Pekan.
Aku patah balik tapi kali ini tidak melalui jalan bertol. Dan, aku dan Arif tidak terus ke Pekan tetapi singgah dulu di rumah.
Kira-kira jam 9.40 aku dan Arif menuju ke Taman LPNP, Pekan untuk berjumpa dengan Kamal dan keluarga. Jenazah masih berada di rumah dan sedang disiapkan untuk membawanya ke tanah perkuburan - Kg Langgar, Pekan. Aku juga sempat mengambil bahagian untuk menyangkul tanah. Walaupun tengahari di bulan Ramadhan, kali ini tidak tersiksa dek bahang matahari, tidak seperti pengalaman ketika pengkebumian arwah Pak Lang di Sg Petani dua tahun lepas.
Dalam kemalangan ini, Kamal hanya mengalami patah tangan.
Oh ya. Kamal adalah antara kawan aku yang rapat sejak dari sekolah menengah dulu. Banyak kenangan aku bersamanya - tidak hanya di asrama tetapi hubungan kami tidak pernah putus sehingga kini walaupun kami menyambung belajar di tempat lain dan bekerja di tempat lain.
Arwah Syikin, aku tak ingat bilakah mula-mula kami berkenalan dulu. Rasanya di UiTM ketika mereka sama-sama mengambil ACCA.
Tetapi aku paling ingat kali terakhir kami berjumpa! Iaitu pada pagi Ahad 9 Ogos di Gelanggang Futsal Sport Planet, Subang. Ketika itu kami - aku, Kamal dan yang lain-lain menyertai pertandingan Futsal antara batch anjuran Peramah - Alumni SMKA Maahad Hamidiah, Kajang.
Kamal dan Syikin hanya datang berdua kerana anak mereka (aku tak ingat nama anak mereka tetapi dipanggai 'Ecah') ditinggalkan di kampung mereka di Pekan. Kali terakhir aku berjumpa dengan Ecah adalah ketika kenduri akikah Ecah di PJ. Ketika itu Syikin masih dalam pantang dan kerana itu isteriku tidak pernah berjumpa dengannya.
Sebelum balik dari pertandingan tersebut, aku dan Syikin sempat berborak-borak sambil merujuk buku yang dipegangnya (Syikin membaca buku tersebut sementara menunggu suaminya bermain futsal). Antara perkara yang diborakkan adalah mengenai buku yang aku tulis bersama Zamri Mohammad, mengenai internet marketing, bisnes training dan software untuk Foreign Exchange (Forex). Dan dia ada meminta nombor telepon Zamri, tapi aku tak sure Arwah Syikin ada hubungi Zamri atau tidak.
Tak sangka rupanya itulah kali terakhir kami berjumpa. Semoga rohnya diabadikan dikalangan orang-orang yang beriman.
Diharapkan Kamal dan keluarga Syikin tabah menghadapi dugaan ini.
Al-fatihah
Jumaat, Ogos 21, 2009
TEATER : Persembahan Berdasarkan Hadis
Yang pertama dulu adalah teater karya Dinsman - Menunggu Kata Dari Tuhan (MKDT) - persembahan lakonsemula hadis yang diriwayatkan oleh Ka'ab Bin Malik yang menunggu jawapan dari Allah tentang taubatnya akibat tidak mengerjakan jihad Perang Tabuk tanpa uzur.Selasa, Ogos 18, 2009
Jumaat, November 21, 2008
Pesan seorang 'Alim
Ahad, November 09, 2008
Tak Mati Dihina Orang - Tak Hidup Dipuji Orang
Kita akan berjaya apabila kita mempunyai ;
Akademik yang baik atau
Kerjaya yang menjamin atau
Simpanan yang banyak atau
Pangkat yang tinggi atau
Kediaman yang besar lagi mewah atau
Kenderaan yang megah atau
Pasangan yang cantik bahkan gamor atau
Ekonomi yang kukuh atau
Militari yang ampuh atau
Kesemuanya yang mengambarkan senyuman dibibir mudahnya.
Dan Orang Kata,
Kita akan gagal apabila kita memiliki ;
Hidup melarat atau
Tiada harta kekayaan atau
Pakaian yang buruk atau
Pangkat rendahan atau
Rumah kecil atau
Kenderaan yang uzur atau
Pasangan yang kurang menarik bahkan tidak glamor atau
Ekonomi yang lemah atau
Militari yang rapuh atau
Kesemuanya yang mengambarkan kedhoifan dibibir mudahnya.
Namun pada haqiqatnya kejayaan kita semuanya hatta jinn sekalipun
hanya di dalam Islam.
Yakni mentho'ati ALLAH dengan mencontohi Nabi Muhammad S.A.W.
Di dunia maupun di akhirat pasti berjaya!
Pasti ! Pasti! Pasti ada KEJAYAAN!
Maka,
Kita maklum mereka ini :
*Kaum Luth dgn seks songsangnya
*Namrud dgn kerajaan&kekuatannya
*Kaum Aad&Tsamud dgn kegagahan&senibinanya
*Firaun dgn kerajaan&kekuatannya
*Hamman dgn pangkatnya
*Qorun dgn hartanya
*Samiri dgn berhalanya
*Ubai ibn Khallaf dgn perniagannya
*Abdullah ibn Salul dgn kemunafiqannya
*Musailamah al-Kazzab dgn penipuannya
....gagal...rugi...dzolim..
Kita maklum mereka ini :
*Ayyub dengan rumahtangganya
*Zakaria dengan lanjut usianya
*Ya’aqub dengan penglihatannya
*Yusuf dengan kekacakan&pangkatnya
*Sulaiman dengan kerajaan&kekuatannya
*Musa dgn kegagapan lidah&kegagahannya
*Isa dengan kepapaannya
*Muhammad yang paling banyak diuji
*Abu Bakr dengan perniagaan&kekuasaannya
*Umar dengan ketegasan&kekuasaannya
*Usman dengan kelembutan&kekuasaannya
*Ali dengan ketegasan&kekuasaannya
*Mush'ab ibn Umair,jejaka kacak&kaya dari Makkah yang memilih untuk hidup melarat
*Salman al-Farisi, si tua mengembara mencari cahaya kebenaran
*Abd.Rahman ibn Auf, yang kafilahnya sepanjang Madinah-Syam sanggup menggadai seluruh kafilah demi sebuah solat berjema'ah!
*Abu Dzar al-Ghifari, ketua penyamun yang zuhud
*Abu Hurairoh,penghuni tetap anjung masjid Nabi
*Bilal Ibn Rabah, abdi berkulit hitam yang cekal
*Hudzaifah al-Yamani dengan rahsia padanya
*Abdullah ibn Umar, Abdullah ibn Mas'ud, Abdullah ibn 'Abbas dengan ketekunan&kecerdasan mereka.
....berjaya...beruntung...berbahagia (mereka menyukakan Rob mereka mendahului diri, masa, harta hatta darah dan perasaan mereka sendiri)
Apa kata pakar motivasi? Apa kata kaki berniaga/karier? Apa ada dengan Akademi Fantasia, Malaysian Idiot,GangScum,Ratu Kebaya?
Apa dikejar..Apa dicari..Apa maksud..Apa kesudahan?
Muda-tua, miskin-kaya, cantik-hodoh,
sihat-uzur, bodoh-cerdik, bawahan-atasan
...semua tetap di dalam 1 maksud kejayaan SAHAJA. Yang boleh dimiliki oleh semua yang
mempunyai di dada mereka kalimah La Ilaha Illalloh, Muhammaddur Rosululloh.
Yang mana 1 pilihan untuk kita kita putuskan sebagai pilihan?
Dan apa ta'rif KEJAYAAN bagi kita kini?
Jumaat, November 07, 2008
Bi'dah - Perantaraan Kepada Kufur 8
AL-MASALIH AL-MURSALAH
Kedua hal di atas dikaitkan kerana tiada dalil syarak yang khas ke atasnya.
Sedangkan Al-Masalih Al-Mursalah melibatkan perkara di mana terdapat dalil syarak secara umum akan maksud sesuatu amalan tanpa dalil yang khas terhadapnya serta ia berlaku di dalam muamalat sahaja. Al-Masalih Al-Mursalah boleh dikesan dengan aqal akan maksudnya yang terperinci, berbeza dengan ibadat sebagaimana hal keadaan wudhu’, tasyahud, memandikan janazah, mandi junud yang tidak dapat difahami aqal sepenuhnya melainkan menurut maksud dalil-dalil syarak yang telah dijelaskan sahaja.
Manakala bid’ah lahir daripada sifat ghuloo(melampaui batas) manusia baik dari segi
menambah-menambah maupun mengurangi di dalam beribadat, dalil-dalil yang tidak sah seperti menggunakan hadith palsu, taqlid buta dan sebagainya bahkan ia berlaku di dalam ibadah.
Penerimaan Ulama Fiqh Sebagai Sumber Syariat :
• Ada yang menerimanya
• Ada yang tidak pasti berkenaannya dan kebanyakan mereka menerimanya dengan menentukan syarat-syarat yang tertentu
• Ada yang menolaknya sebagai satu sumber syariat
Kesimpulannya bahawa majoriti ulama’ fiqh telah menetapkan Al-Masalih Al-Mursalah sebagai satu sumber hukum syarak yang sah dibinakan hukum-hakam ke atasnya dengan kaedah-kaedah yang teliti.
Pendapat Yang Menerima Al-Masalih Al-Mursalah
• Imam Malik Rah., menyetujuinya dalam hal-hal adat dan muamalat yang secara terperincinya tidak disyariatkan oleh Allah dan kemudian melihat kepada setiap maslahat yang bersesuaian dengan `aqal dan hikmat pensyariatan
• Imam Ahmad ibn Hanbal Rah.
• Imam Ibn Taimiyah Rah., menyetujui tetapi lebih berhati-hati kerana takut berlebihan dalam penggunaannya yang boleh membawa kepada salah-guna lalu merosakkan pensyariatan Islam
• Imam Ibn Al-Qoyyim Rah., berpendapat lebih kurang sama dengan Imam Malik Rah., katanya, Sesungguhnya asas dan pembinaan syariat adalah untuk hikmah dan kemaslahatan manusia. Beliau mengkhususkan perbicaraannya berkenaan hal ini di dalam kitabnya A’lam Al-Muq`in pada bab bertajuk : Penukaran Fatwa Dan Perselisihan (Pendapat) Berkenannya Bersesuaian Dengan Penukaran Zaman, Tempat, Hal, Keadaan, Niat Dan Adat juga bab : Hikmah Dalam Penukaran Fatwa Disebabkan Penukaran Hal Keadaan
• Sulaiman At-Thufi (W 761H) yang berlebihan dalam menggunakannya. Ia menjadikannya asas pensyariatan walaupun bertentangan dengan nas yang sohih. Bahkan `aqal dan bukan nas yang sohih dijadikan dasar untuk menilai sesuatu maslahah. Disebabkan ini, beliau ditohmah sebagai pelampau atau ekstremis
Pendapat Yang Menerima Tanpa Kepastian Atau Dengan Syarat-Syarat Tertentu
• Imam Asy-Syafiea Rah.
• Imam Abu Hanifah Rah.
• Imam Al-Ghazali Rah.
• Pendapat Yang Menolak Al-Masalih Al-Mursalah
• Al-Aamidi
• Ibn Hazm Az-Zahiri (beliau juga mengingkari segala jenis Qiyas
Allah tidak hendak menyulitkan kamu, tetapi DiA hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmatNYA bagimu
Al-Maidah – 6
Imam Asy-Syathibi di dalam kitabnya Al-`I’tisom, A’laam Al-Muq’in oleh Ibn Al-Qayyim atau Al-Mustafa oleh Al-Ghazali juga memperdalilkan perbuatan para sahabat dan ulama’ salaf lain yang telah mengamalkan konsep Al-Masalih Al-Mursalah dalam kehidupan mereka sebagai bukti menunjukkan bahawa amalan yang ditetapkan melalui kaedah ini diterima sebagai sumber pensyariatan yang sah.
Bahan bacaan yang dianjurkan:
• Fiqh Awlawiyyat - Dr.Yusuf Al-Qorodawi
• Manhaj `Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama’ah – Ismail Bin Omar
• Al-Bid’ah : Bahaya & Keburukannya – Drs. Abdul Ghani Azmi Bin Haji Idris
• Salah-faham Terhadap Bid’ah – Dr.Abdul Malik Abdur Rahman As-Sa’adi