Khamis, Mac 23, 2006

So what?

I'm a jack!

Still a jack.

Master of none. Yet.

Isnin, Mac 20, 2006

DRAMA SEBABAK : Minyak naik, ada juga yang turun

SET : Di perkarangan surau
MASA : Sementara tunggu waktu Maghrib

Julian Mokhtar : Aku pergi kedai Tokei Wong tadi. Susu anak aku naik harga dah. Tensyen aku! (Sambil hisap rokok)

Abdullah Jones : Aku pun tensyen juga! Minyak naik harga, dia boleh turun harga pula! (Juga hisap rokok)

Julian Mokhtar : Dulu aku beli susu tu cuma berapa ringgit je. Sekarang ni dah naik sampai seringgit

Abdullah Jones : Tu la pasal. Dulu boleh dapat duapuluh lima sen. Tapi sekarang ni dah turun limabelas sen je. Cilaka betul si Muthu ni. Cekik darah betul! (Sambil tepuk seat motor skuternya)

Julian Mokhtar : Hoi. OK la tu. Dulu RM 0.25. Sekarang dah turun RM 0.15 je. Kau yang tak puas hati sangat ni apsal?

Abdullah Jones : Bengang la aku. Minyak naik tapi harga dia turun pulak!

Julian Mokhtar : Barang apa yang ko beli dari Muthu ni? (Garu kepala)

Abdullah Jones : Aku tak beli. Tapi jual

Julian Mokhtar : Jual apa?

Abdullah Jones : Kotak dan tin aluminium

Rabu, Mac 15, 2006

Es Pi Em

Hari Jumaat

Kak Wati: Tak sabar betul tunggu Isnin ni. Anak akak tu haa.. SPM tahun lepas. Dia tu memang bijak budaknya. Umur belum cukup setahun dulu dia dah pandai berjalan. Dua setengah tahun dah petah bercakap. Tak tau la kenapa sekolah asrama penuh tak nak ambik dia. MRSM pun tak dapat. Sekolah-sekolah ni bukannya tau apa sangat pasal potensi anak kakak ni. Universiti mesti beratur nak ambik anak kakak ni nanti dengan result dia yang hebat tu .. Tak sabar sungguh ....

Faizal: Ooooo... Bijak ye anak kakak ...

Mrs. Lee: Ya la .. very clever boy! I also got one son he took SPM last year. He's smart also, but haiya very difficult la to get public university ... you ah bumi senang la to get in ...

Faizal: Eh apa pulak Mrs. Lee ... sekarang mana ada kuota lagi .. now everything ikut apa tu? meritokrasi? metrokasi?

Kak Wati: meritokulasi la ...

Faizal: haa .. ya, meritokulasi... bijak kak wati ni. patut la anak kakak pun bijak ...

Mrs. Lee: is it? But why ah still susah one to get in public U? still not many non-bumi inside...

Faizal: Eh dah pukul 430 la .. 30 minit je lagi balik. Saya nak pegi kemas barang ok? Jumpa next week!

Kak Wati/ Mrs. Lee pun turut bersurai ....

Hari Isnin

Faizal: Haa kak Wati, macamana result SPM anak akak?

Kak Wati: Hm? SPM? bila pulak akak cakap ada anak ambik SPM? Takde la .. eh akak busy ni. Nak buat kerja dulu ok?

Faizal: Haah la kak Wati ... banyak sangat A la tu ...

Isnin, Mac 13, 2006

DRAMA DUA BABAK : Dilema Abang Polis

BABAK SATU : RINDU? (ditelan pahit)

Banyak kecurian dan pecah rumah. Harta-harta awam banyak yang rosak.

"Mana polis ni? Tak datang ronda pun. Makan gaji buta je."



BABAK DUA : BENCI? (diluah sayang)

Siang datang, malam pun datang. Tahan siapa saja.

"Tu datang nak cari salah orang aja la tu. Dasar makan suap!"

Jumaat, Mac 10, 2006

Berikan aku sedikit ruang

Berikan aku sedikit ruang, ruang yg boleh aku berjalan tanpa menginjak atau merangkak. Ruang yang boleh aku menari rentakku sendiri. Ruang yang cukup untuk aku melompat tanpa kepalaku terhantuk. Ruang yang cukup aku bernafas tanpa terbatuk-batuk. Ruang yang dialun irama damai.

Mengapa ruangku kini terlalu sempit? Adakah kerana dibatasi peraturan? Adakah kelam dengan kabut ciptaan ku sendiri?

Ya, aku rasakan itu benar. Aku lah yang menyempitkan ruangku. Dek kerana ruangku wujud juga di sana hati-hati yang bukan sahaja hatiku. Yang turut sama mewarnai ruang nyaliku.

Namun mengapa perlu begitu? Aku ingin bebas!!!!!!!!

Berikan aku ruang itu!!!

Rabu, Mac 08, 2006

Yang dilihat, yang dibaca & yang disebut

Benarkah mulut kita akan menyebut apa yang dibaca, dan hati akan membaca apa yang dilihat?

Salah satu isu yang timbul ialah apabila kita menulis ringkasan perkataan-perkataan. Terutamanya dalam penulisan tidak formal seperti email dan SMS. Perkataan-perkataan seperti akum, askum, ws, wsalam, wasalam dan lain-lain perkataan lain lazim digunakan. Kalau anda melihat perkataan-perkataan seperti berikut, apa yang anda baca (dalam hati) atau apabila menyebutnya?

Apakah anda masih menyebut askum atau akum? Atau apabila mata yang melihat perkataan-perkataan seperti itu, anda akan membaca dan menyebutnya dengan Assalamualaikum?

Sabanernye, tardepat stau kijaan ynag mebnueyt, mauisna ini beolh mebcama bkaun spt yg mrekea lhait. Dan mrekea jgua aakn sbeut prtakaean yg x mrekea bcaa. Cthnya dlm prgeengan ini!

Contoh lain apabila melibatkan warna. Apa yang anda sebutkan apabila membaca tulisan di bawah :

MERAH BIRU KUNING HIJAU
HIJAU BIRU MERAH KUNING
KUNING HIJAU BIRU MERAH

Bagaimana pula dengan menyebut warna perkataan berikut (sebut warna, bukan baca perkataan) :

HITAM BIRU KUNING HIJAU
MERAH BIRU PUTIH MERAH
KELABU HITAM MERAH HIJAU

Jadi, benarkah mulut kita akan menyebut apa yang dibaca, dan hati akan membaca apa yang dilihat?

Khamis, Mac 02, 2006

DARI DALAM DIRI: Duduk

Duduknya aku di sini
Sendiri
Hanya bertemankan secawan kopi
Buntu.

Duduknya aku di sini
Sepi
Hanya deruman kenderaan memecah sunyi
Sayu.

Duduknya aku di sini
Rapi
Hanya celana dan kemeja T
Hantu.

Duduknya aku di sini
Sangsi
Hanya persoalan yang tegak berdiri
Garu.

Duduknya aku di sini
Mati
Hanya perlahankan denyutan nadi
Haru.

Kini aku terbaring di situ
Bersyukur yang aku pernah merasai nikmat
duduk ...