Jumaat, November 21, 2008

Pesan seorang 'Alim

Apa yang lima perkara (iaitu Agama, harta, malu, baik akhlak dan pemurah) ada pada seseorang maka dia adalah seorang yang bersih dan taqwa. ALLAH swt melindunginya dan terlepas dari godaan syaitan.

Turun hidayah melalui
- mujahadah
- hijrah
- amal sunnah
- ikram

Cuci empat perkara dengan empat perkara
- cuci wajah dengan wudhu'
- cuci lidah dengan zikir
- cuci hati dengan taqwa
- cuci dosa dengan taubat

Empat amal kebaikan mulut
- dakwah
- zikir
- senyum
- diam

Ahad, November 09, 2008

Tak Mati Dihina Orang - Tak Hidup Dipuji Orang

Orang Kata,


Kita akan berjaya apabila kita mempunyai ;
Akademik yang baik atau
Kerjaya yang menjamin atau
Simpanan yang banyak atau
Pangkat yang tinggi atau
Kediaman yang besar lagi mewah atau
Kenderaan yang megah atau
Pasangan yang cantik bahkan gamor atau
Ekonomi yang kukuh atau
Militari yang ampuh atau


Kesemuanya yang mengambarkan senyuman dibibir mudahnya.




Dan Orang Kata,


Kita akan gagal apabila kita memiliki ;
Hidup melarat atau
Tiada harta kekayaan atau
Pakaian yang buruk atau
Pangkat rendahan atau
Rumah kecil atau
Kenderaan yang uzur atau
Pasangan yang kurang menarik bahkan tidak glamor atau
Ekonomi yang lemah atau
Militari yang rapuh atau


Kesemuanya yang mengambarkan kedhoifan dibibir mudahnya.


Namun pada haqiqatnya kejayaan kita semuanya hatta jinn sekalipun
hanya di dalam Islam.
Yakni mentho'ati ALLAH dengan mencontohi Nabi Muhammad S.A.W.
Di dunia maupun di akhirat pasti berjaya!
Pasti ! Pasti! Pasti ada KEJAYAAN!


Maka,

Kita maklum mereka ini :


*Kaum Luth dgn seks songsangnya
*Namrud dgn kerajaan&kekuatannya
*Kaum Aad&Tsamud dgn kegagahan&senibinanya
*Firaun dgn kerajaan&kekuatannya
*Hamman dgn pangkatnya
*Qorun dgn hartanya
*Samiri dgn berhalanya
*Ubai ibn Khallaf dgn perniagannya
*Abdullah ibn Salul dgn kemunafiqannya
*Musailamah al-Kazzab dgn penipuannya


....gagal...rugi...dzolim..


Kita maklum mereka ini :


*Ayyub dengan rumahtangganya
*Zakaria dengan lanjut usianya
*Ya’aqub dengan penglihatannya
*Yusuf dengan kekacakan&pangkatnya
*Sulaiman dengan kerajaan&kekuatannya
*Musa dgn kegagapan lidah&kegagahannya
*Isa dengan kepapaannya
*Muhammad yang paling banyak diuji
*Abu Bakr dengan perniagaan&kekuasaannya
*Umar dengan ketegasan&kekuasaannya
*Usman dengan kelembutan&kekuasaannya
*Ali dengan ketegasan&kekuasaannya
*Mush'ab ibn Umair,jejaka kacak&kaya dari Makkah yang memilih untuk hidup melarat
*Salman al-Farisi, si tua mengembara mencari cahaya kebenaran
*Abd.Rahman ibn Auf, yang kafilahnya sepanjang Madinah-Syam sanggup menggadai seluruh kafilah demi sebuah solat berjema'ah!
*Abu Dzar al-Ghifari, ketua penyamun yang zuhud
*Abu Hurairoh,penghuni tetap anjung masjid Nabi
*Bilal Ibn Rabah, abdi berkulit hitam yang cekal
*Hudzaifah al-Yamani dengan rahsia padanya
*Abdullah ibn Umar, Abdullah ibn Mas'ud, Abdullah ibn 'Abbas dengan ketekunan&kecerdasan mereka.


....berjaya...beruntung...berbahagia (mereka menyukakan Rob mereka mendahului diri, masa, harta hatta darah dan perasaan mereka sendiri)


Apa kata pakar motivasi? Apa kata kaki berniaga/karier? Apa ada dengan Akademi Fantasia, Malaysian Idiot,GangScum,Ratu Kebaya?


Apa dikejar..Apa dicari..Apa maksud..Apa kesudahan?
Muda-tua, miskin-kaya, cantik-hodoh,
sihat-uzur, bodoh-cerdik, bawahan-atasan
...semua tetap di dalam 1 maksud kejayaan SAHAJA. Yang boleh dimiliki oleh semua yang
mempunyai di dada mereka kalimah La Ilaha Illalloh, Muhammaddur Rosululloh.




Yang mana 1 pilihan untuk kita kita putuskan sebagai pilihan?
Dan apa ta'rif KEJAYAAN bagi kita kini?

Jumaat, November 07, 2008

Bi'dah - Perantaraan Kepada Kufur 8

KAITAN DAN PERBEZAAN DI ANTARA BID’AH DENGAN
AL-MASALIH AL-MURSALAH



Kedua hal di atas dikaitkan kerana tiada dalil syarak yang khas ke atasnya.
Sedangkan Al-Masalih Al-Mursalah melibatkan perkara di mana terdapat dalil syarak secara umum akan maksud sesuatu amalan tanpa dalil yang khas terhadapnya serta ia berlaku di dalam muamalat sahaja. Al-Masalih Al-Mursalah boleh dikesan dengan aqal akan maksudnya yang terperinci, berbeza dengan ibadat sebagaimana hal keadaan wudhu’, tasyahud, memandikan janazah, mandi junud yang tidak dapat difahami aqal sepenuhnya melainkan menurut maksud dalil-dalil syarak yang telah dijelaskan sahaja.


Manakala bid’ah lahir daripada sifat ghuloo(melampaui batas) manusia baik dari segi

menambah-menambah maupun mengurangi di dalam beribadat, dalil-dalil yang tidak sah seperti menggunakan hadith palsu, taqlid buta dan sebagainya bahkan ia berlaku di dalam ibadah.



Penerimaan Ulama Fiqh Sebagai Sumber Syariat :


• Ada yang menerimanya
• Ada yang tidak pasti berkenaannya dan kebanyakan mereka menerimanya dengan menentukan syarat-syarat yang tertentu
• Ada yang menolaknya sebagai satu sumber syariat
Kesimpulannya bahawa majoriti ulama’ fiqh telah menetapkan Al-Masalih Al-Mursalah sebagai satu sumber hukum syarak yang sah dibinakan hukum-hakam ke atasnya dengan kaedah-kaedah yang teliti.


Pendapat Yang Menerima Al-Masalih Al-Mursalah
• Imam Malik Rah., menyetujuinya dalam hal-hal adat dan muamalat yang secara terperincinya tidak disyariatkan oleh Allah dan kemudian melihat kepada setiap maslahat yang bersesuaian dengan `aqal dan hikmat pensyariatan
• Imam Ahmad ibn Hanbal Rah.
• Imam Ibn Taimiyah Rah., menyetujui tetapi lebih berhati-hati kerana takut berlebihan dalam penggunaannya yang boleh membawa kepada salah-guna lalu merosakkan pensyariatan Islam
• Imam Ibn Al-Qoyyim Rah., berpendapat lebih kurang sama dengan Imam Malik Rah., katanya, Sesungguhnya asas dan pembinaan syariat adalah untuk hikmah dan kemaslahatan manusia. Beliau mengkhususkan perbicaraannya berkenaan hal ini di dalam kitabnya A’lam Al-Muq`in pada bab bertajuk : Penukaran Fatwa Dan Perselisihan (Pendapat) Berkenannya Bersesuaian Dengan Penukaran Zaman, Tempat, Hal, Keadaan, Niat Dan Adat juga bab : Hikmah Dalam Penukaran Fatwa Disebabkan Penukaran Hal Keadaan
• Sulaiman At-Thufi (W 761H) yang berlebihan dalam menggunakannya. Ia menjadikannya asas pensyariatan walaupun bertentangan dengan nas yang sohih. Bahkan `aqal dan bukan nas yang sohih dijadikan dasar untuk menilai sesuatu maslahah. Disebabkan ini, beliau ditohmah sebagai pelampau atau ekstremis


Pendapat Yang Menerima Tanpa Kepastian Atau Dengan Syarat-Syarat Tertentu

Mengenai Al-Masalih Al-Mursalah
• Imam Asy-Syafiea Rah.
• Imam Abu Hanifah Rah.
• Imam Al-Ghazali Rah.
• Pendapat Yang Menolak Al-Masalih Al-Mursalah
• Al-Aamidi
• Ibn Hazm Az-Zahiri (beliau juga mengingkari segala jenis Qiyas

Allah tidak hendak menyulitkan kamu, tetapi DiA hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmatNYA bagimu
Al-Maidah – 6


Imam Asy-Syathibi di dalam kitabnya Al-`I’tisom, A’laam Al-Muq’in oleh Ibn Al-Qayyim atau Al-Mustafa oleh Al-Ghazali juga memperdalilkan perbuatan para sahabat dan ulama’ salaf lain yang telah mengamalkan konsep Al-Masalih Al-Mursalah dalam kehidupan mereka sebagai bukti menunjukkan bahawa amalan yang ditetapkan melalui kaedah ini diterima sebagai sumber pensyariatan yang sah.

Bahan bacaan yang dianjurkan:
• Fiqh Awlawiyyat - Dr.Yusuf Al-Qorodawi
• Manhaj `Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama’ah – Ismail Bin Omar
• Al-Bid’ah : Bahaya & Keburukannya – Drs. Abdul Ghani Azmi Bin Haji Idris
• Salah-faham Terhadap Bid’ah – Dr.Abdul Malik Abdur Rahman As-Sa’adi

Rabu, November 05, 2008

Bi'dah - Perantaraan Kepada Kufur 7

Contoh-contoh Al-Masalih Al-Mursalah
• Membukukan ilmu-ilmu
• Meletakkan dasar (usul) dan kaedah seperti ilmu usul hadith, hadith, usul fiqh, fiqh, nahu, sorof dan sebagainya
• Percetakkan ke atas ilmu-ilmu tersebut secara berhati-hati untuk penyiaran kefahaman agama dengan pantas lagi meluas
• Memperbanyakan program-program yang Islamik dalam menentang dakyah serta ancaman amalan yang memurkakan Allah Azza Wa Jalla
• Membina menara masjid supaya suara muazzin dapat didengari, begitu juga pembesar suara atas maksud yang sama ke atas muballigh
• Membina penjara untuk mengawal jenayah
Bahagian Dan Martabat Maslahah
• Maslahah Yang Diiktibarkan
Adalah apa yang telah disyariatkan oleh Allah akan hukum-hakamnya dan dijelaskan oleh nas-nas akan tujuan disyariatkannya. Dengan itu tiada khilaf antara ulama’ dalam mengiktibarkan pembinaan syariat ke atasnya. Contoh :
Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudara kamu
Al-Hujurat – 10
Maka, perdamaian antara manusia adalah maslahah keIslaman yang menjalinkan tali persaudaraan di antara sesama Mukmin serta menzahirkan ketaqwaan mereka
• Maslahah Yang Dibatalkan
Adalah apa yang telah ditunjukkan oleh Allah ke atas pembatalannya dan dijelaskan bahawa perbuatan mengamalkannya adalah bertentangan dengan hukum syarak. Dengan itu, tiada khilaf di kalangan ulama’ bahawa tidak dibina syariat di atasnya.
Contoh: Menyama-ratakan bahagian pusaka di antara anak lelaki dengan anak perempuan.
Allah telah mensyariatkan bagi kamu tentang pembahagian pusaka untuk
anak-anak kamu. Iaitu bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua anak perempuan
An-Niza’ - 11


• Maslahah Mursalah
Adalah apa yang tidak diketahui secara khusus akan pengiktibaran dan pembatalannya oleh Yang Mensyariatkan dan dengan demikian ia dinamakan mursalah atau yang diturunkan atau diwahyukan. Dengan itu juga ia dinamakan sebagai
Al-Istidtaal Al-Mursal atau pendalilan menurut (maksud umum) diturunkan (syariat). Dengan demikian juga terdapat penamaannya yang lain sebagai Al-Istislah yang bermaksud penghasilan maslahah. Maksud ketiga martabat di bawah ini adalah menuju kepada keredhoan yang Esa jua, Cuma dibahagikan kepada 3 bagi menjelaskan keutamaan dan kepentingannya yang tersendiri. Kedua hal di atas dikaitkan disebabkan tiada dalil syarak yang khas ke atasnya
• Al-Masaalih Ad-Dharuriyah
• Merupakan maslahah yang terpenting di antara martabat-martabat maslahah yang lain, kerana ia untuk keperluan untuk perkara tertentu yang melibatkan beberapa hal yang telahpun disebut oleh Al-Ghazali (agama, jiwa, aqal, harta dan maruah)
• Maka setiap yang memelihara hal sedemikian adalah maslahah, menghapuskannya bererti fasad
• Al-Masalih Al-Hajiyyah
• Merupakan hal yang manusia berhajat ke atasnya untuk memudahkan kerumitan tertentu menahan dari sebarang keburukan tertentu seperti soal hutang-piutang, sewaan dan lain-lain lagi
• Sebarang penegahan terhadap hal keadaan ini akan meletakkan manusia ke dalam kesempitan dan kesukaran sesuatu urusan
• Al-Masalih At-Tahsiniyyah
• Martabat ini tidak merumitkan kehidupan manusia seandainya tidak dilaksanakan yang mana ia hanya merupakan penyempurnaan terhadap sesuatu bertujuan membentuk akhlak yang baik
• Contoh; adab berkhutbah, adab mesyuarat, pendekatan vokal dalam berdakwah dan sebagainya

Isnin, November 03, 2008

Bi'dah - Perantaraan Kepada Kufur 6

Kekeliruan Antara Bid’ah Dan Al-Masalih AL-Mursalah
Salah satu faktor utama yang menimbulkan wujudnya bid’ah adalah kekeliruan berkenaan apa yang telah diistilahkan sebagai bid’ah hassanh. Kekeliruan ini pula adalah sebahagian besarnya timbul dari salah-faham antara definisi bid’ah yang sebenar dengan definisi kaedah-kaedah fiqh yang diakui oleh majoriti ulama’ fiqh sebagai
Al-Masalih Al-Mursalah atau Al-Istihsan. Kedua-dua kaedah ini pada dasarnya mempunyai objektif yang sama dengan sedikit perbezaan di antara keduanya. Menurut pendapat Dr.Mustapha Az-Zarqa’ (sekadar menyebut nama), kaedah Al-Masalih Al-Mursalah adalah lebih umum dan kaedah Al-‘Istihsan adalah lebih khusus darinya.
Definisi Al-Masalih Al-Mursalah
Al-Masalih merupakan bilangan yang banyak kepada perkataan Al-Maslahah yang bermaksud dari segi bahasa Arab sebagai suatu manfaat yang mendatangkan keuntungan atau kebaikan. Al-Mursalah pula bermaksud ‘Yang Diturunkan’ iaitu oleh Allah melalui sunnah para RosulNYA.
Terdapat juga sesetengah ulama’ menggunakan istilah Al-Ististhlah yang pada segi bahasa Arab adalah bermaksud meminta atau mencari maslaahah atau pun manfaat dalam satu permasalahan. Maka Al-Maslahah itu juga boleh dikatakan sebagai hasil dari Al-Ististhlah ini. Dengan ini dapatlah difahami bahawa kedua-dua perkataan Al-Masalih dan Al-Istishtlah adalah membawa maksud yang sama di sisi ulama’ fiqh.
Dari segi syarak pula ulama’ fiqh berbeza pendapat samada Al-Masalih Al-Mursalah itu adalah merupakan satu sumber perundangan yang boleh diterima serta diamalkan dalam Islam; dan kesimpulannya ia adalah merupakan pendapat yang dipilih oleh kebanyakan ulama’ muktabar. Kesimpulannya kesemua perbezaan di atas membawa maksud yang hampir sama iaitu ia adalah merupakan satu manfaat dari pensyarak yang `adil bertujuan memelihara agama, nyawa, `aqal, keturunan dan harta
hamba-hambaNYA menerusi peraturan yang tertentu. Perbezaan pendapat ini lahir dari segi kefahaman masing-masing yang mendalam berkenaan maksud syarak dan aqal dalam menentukan sesuatu maslahah dan masalih.


Pendapat yang menentukannya dengan maksud syarak
Golongan ini bersetuju di atas pendapat beramal menurut tujuan dan maksud syarak. Tetapi mereka berselisih pendapat dalam mendefinisikan maksud syarak tersebut.
Imam Al-Ghazali rah. meletakan maksud syarak bagi kaedah ini mestilah melalui ketetapan oleh Al-Quran, As-Sunnah dan Ijmak yang juga ia disyaratkan dengan menghadkan penggunaannya kepada pemeliharaan 5 perkara penting iaitu agama, jiwa, aqal, harta dan maruah(harga diri)
Ibn Tamiyyah rah. Pula meletakan status mujtahid dalam penetapan kaedah ini dengan syarat wujud pengimbangan yang lebih berat dalam memberi manfaat, selaras dengan Al-Quran dan Syarak juga tiada bercanggah dengn nas-nas sohih.



Pendapat yang menentukannya dengan `aqal
Golongan ini berkeyaqinan penuh dengan aqal yang mana secara zahirnya pendapat ini menganggap bahawa syariat berbalahan dengan aqal bahkan sehaluan dengannya.
Abu Zaid Ad-Dabus Al-Hanafi (W430H) dan Al-Imam Al-‘Iz ibn Abdus Salam Asy-Syafie (W66oH) adalah di antara pelopor kepada pendapat ini.
Namun demikian, para ulama’ menolak pendapat ini disebabkan akan timbulnya kepelbagaian pendapat dari aqal manusia dengan manusia yang lain, aqal yang tidak terjamin bersih dari pengaruh hawa-nafsu, hasutan syaitan, pemikiran berpuak-puak, pengalaman hidup yang mana asbab-asbab tersebut menjadikan aqal dan objektif kaedah ini menjadi beku, berat sebelah hatta jumud.



Pendapat yang menyatukan maksud syarak dan `aqal
Pendapat ini adalah mahsyur dari pendapat Asy-Syathibi walaupun beliau bukanlah orang yang pertama mempeloporinya. Bahkan ada yang berpendapat definisinya adalah berdasarkan pendapat imam mazhab fiqh yang diikutinya iaitu Imam Malik rah. yang kemudiannya diperkukuhkan olehnya dengan dalil-dalil tertentu.
Dr.Taufiq Al-Wa’ii telah membuat kajian kemudiannya mengemukakan maksud yang lebih komprehensif seperti berikut : Al-Masalih Al-Mursalah adalah merupakan satu perkara yang bukan dalam perkara-perkara ibadat, yang diiktibarkan sebagai munasabah, yang tidak mempunyai dalil tertentu tetapi diterima oleh aqal dan tiada keluar dari maksud syarak di dunia dan di akhirat. Untuk menghasilkan suatu maslahah yang baik atau menghindarkan suatu kefasadan.
Penjelasan:
• Perkara yang bukan dalam perkara-perkara ibadat, yakni tidak melibatkan ibadat khusus kerana pada asasnya tiada dibenarkan sebarang ijtihad dalam segala jenis ibadat
• Yang diibaratkan sebagai munasabah, yakni mengeluarkan pendapat yang menolak kaedah ini sebagi sumber syarak kerana mereka menolak pengiktibaran munasabah sebagai sumber asli yang boleh dibina hukum syarak ke atasnya
• Yang tidak mempunyai dalil tertentu, yakni mengeluarkan definisi qiyas yang berbeza dengan definisi ini kerana qiyas mempunyai dalil-dalil tertentu
• Diterima oleh aqal dan tiada keluar dari maksud syarak, menunjukkan bahawa Al-Imam Asy-Syathibi tidak menjadikan aqal dengan sendirinya berupaya untuk memainkan peranan utama di dalam kaedah ini. Beliau kepada aqal satu perkara lain iaitu pendalilan syarak secara umum atau pun maksud tujuan syarak secara am
• Tiada keluar dari maksud syarak di dunia dan di akhirat. Untuk menghasilkan suatu maslahah yang baik atau menghindarkan suatu kefasadan :
• Maksud syarak dibahagikan kepada 2 (i. Manfaat di dunia. ii.Matlamat di akhirat). Oleh itu iktibar yang munasabah yang dimaksudkan oleh syarak adalah ditetapkan dengan tujuan mendirikan kehidupan di dunia untuk menghasilkan kejayaan di akhirat dan tidak untuk kepuasan hawa-nafsu yang jahat. Sekiranya manfaat itu hanya di dunia, maka ia bukanlah dikira sebagai satu maslahah
• Sebarang Maslahah dan Mafasidn s mestilah dirujuk kembali kepada kehendak Yang Mensyariatkan sesuai dengan hal keadaan, peribadi dan zaman
• Maslahah dan Mafasid di dunia serta Maslahah di akhirat diketahui dengan syarak (nas-nas yang sohih). Oleh itu, segala penyelesaian terhadap sebarang kemusykilan berkenaan hal keduniaan diketahui dengan aqal setelah diperjelaskan oleh kaedah-kaedah syarak
• Penjelasan (a), (b) dan (c) di atas menunjukkan tidak dihadkan pengunaannya kepada 5perkara atau dalam hal dharurat sahaja sebagaimana disebutkan oleh Al-Ghazali sebelum ini bahkan ia membenarkannya dalam segala perkara-perkara keperluan dan untuk sebarang maslahah.

Jumaat, Oktober 31, 2008

Bi'dah - Perantaraan Kepada Kufur 5

Beberapa Contoh Sebab-Musabab Timbulnya Bid’ah

• Kecenderungan hati kepada dunia memandu tubuh juga pemikiran kepadanya lalu dicicirkan asas asal maksud menuntut ilmu yang kemudiannya menjunjung hawa-nafsu dan `aqal sebagai pemutus sesuatu perkara
• Lahirnya generasi demi generasi sedemikian yang mewarisi `amalan dari generasi sebelumnya yang bercampur-baur membawa kepada percambahan bid’ah
• Bahasa Arab terpinggir apabila bahasa selainnya dimartabatkan dan ini makin menyukarkan untuk memahami lebih mendalam setiap nas-nas yang ada melainkan dengan tafsiran bahasa lain yang kurang gaya-nilai berbanding bahasa Arab
• Tidak didedahkan dengan sunnah Nabi S.A.W samada melalui halaqah ta’lim maupun pekerjaan sehari-hari yang mana perlawanan (bid’ah) jualah yang akan mengambil-alih hatta menyuburkan ibadat yang ghuloo/berlebih-lebihan melampau batas
• Penyelewangan Ulama’ dan Umara’ di dalam melaksanakan ‘amar maaruf nahi munkar yang mana diamnya ulama’ menjadikan umara’ baik jahil ataupun tidak akan lancang berfatwa membuta-tuli kemudian diikuti rakyat di bawah
• Penentang bid’ah dengan bid’ah sebagaimana Khawarij menafikan Muktazilah atau menggantikan sesuatu bid’ah dengan bid’ah lain pula
• Kesan pengaruh suasana akibat iman yang lemah atau cacat atau rosak bahkan tercabut tanpa disedari yang mana contoh pengaruh adalah seperti kemasukan besar-besaran falsafah Yunani ke dalam dunia Islam di zaman Islam mula berkembang di Rom dan Greece juga Iran yang tidak kurang pengaruh Majusinya. Begitu juga pengaruh pendapat-pendapat orientalis, gerakan liberal-plural, pembebasan hak wanita juga motivasi-motivasi berasaskan logik semata-mata
• Ta’sub bermazhab yang kelak mengingkari mazhab lainnya lalu jadilah ia seorang yang ghuloo, taqlid buta, talfiq sesuka hati tanpa jalan yang benar
• Menjauhi halqah-halqah ta’lim, menjauhi para ulama’ serta sahabat yang condong jantungnya ke akhirat serta berdolak-dalik atas urusan agama demi menyediakan panca-indera untuk memberati hal-ehwal dunia
Solusinya

• Pro-aktif daripada individu dan masyarakat dalam mendorong untuk bertaqarrub kepada Allah dengan sunnah Nabi S.A.W yang sohih
• Bersikap analitis dalam menerima sesuatu maklumat tanpa terus menerima bulat-bulat dengan cenderung merujuk sunnah salafus soleh terlebih dahulu
• Mengutamakan ilmu agama yang asas bagi setiap Muslim kemudian diikuti ilmu keduniaan bagi manfaat seluruh kaum Muslimin
• Berganding bahu daripada Umara’, Ulama’ dan rakyat dalam mengerjakan amar ma’ruf nahi munkar dengan mengukuhkan asas-asas kerja dakwah, ta’lim wa ta’lum, ibadah dan khidmat
• Istiqomah pada yang sunnah walaupun sedikit daripada ghuloo walhal berdiri padanya bid’ah
• Mendahulukan Quran dan Sunnah sebagai pemutus di dalam perselisihan

Selasa, Oktober 28, 2008

Bi'dah - Perantaraan Kepada Kufur 4


Asal Hukum

Beberapa perkara asas dalam menentukan sesuatu hal supaya tidak sewenang –wenangnya dirumuskan sebagai bid’ah yakni ;


Sesuatu yang tidak dilakukan itu tidak menunjukkan yang dianjurkan oleh syariat dan tidak juga ditegah olehnya, tetapi perkara tersebut dikira sebagai perkara harus (ibahah asliyah). Jadi apabila sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulillah S.A.W dan para Sahabat R.A tidak menjadi dalil yang ia disuruh, maka ia juga tidak boleh dijadikan dalil yang ia ditegah selagi mana tidak terdapat dalil yang jelas menegahnya. Namun diingatkan, hendaklah dilihat adakah ia termasuk dalam mana-mana kaedah am syariat (qowa’id syar’iyyah) atau ia dapat diqiaskan dengan perkara yang disebut nas? Sekiranya ia termasuk dalam perkara tersebut, maka kita mengatakan bahawa ia terdapat di dalam syariat. Dan sekiranya ia ditolak oleh kaedah atau bertentangan dengan nas-nas, maka kita katakan yang ia adalah bid’ah.


Namun begitu, para ulama’ Salaf telah menggariskan panduan asas dalam kaedah untuk melaksanakan ibadah di dalam Islam.


Asal hukum di dalam ibadat adalah tawaqqud (berhenti hingga ada dalil)
Perkataan Al-Imam As-Subki dinukilkan oleh Ibn Hajr Asl-`Asqolani, Fath Al-Baru : 4/174
Asal hukum di dalam ibadat adalah jika ia tidak dituntut, ia tidak berlaku
Nihayah Al-Muhtaj Ila Syarh AL-Minhaj : 3/109
Asal hukum di dalam ibadat adalah jika tidak dituntut, adalah terbatal
Perkataan Asy-Syaubaru dinukilkan oleh l-Bujairami Asy-Syafie, Hasyiah Al-Bujairami ‘Ala
Al-Khatib : 3/497)
Bahawasanya asal hukum di dalam ibadat adalah tidam membawa kepada wajib melainkan dengan adanya dalil
Muhammad ibn Yussuf ibn `Isa Fitsy Al-Ibadi
Asal hukum dalam perkara bermanfaat ialah mubah (harus), manakala dalam perkara mudhorat ialah haram. Maka berkata ramai ulama’ antaranya Al-Imam Isnawi, dan ini hanya berlaku selepas disyariatkan dengan dalil-dalil syarie, sedangkan sebelum warid (ada dalil), maka pilihan para ulama’ ialah waqf (berhenti pada dalil)
As-Syeikh Muhammad ibn Muhammad : At-Taqrir Wa At-Tahbir, 3/198
Asal hukum di dalam ibadah adalah tawqif (bersandarkan kepada dalil)
Syarh Al-Bahjah Al-Wardiyyah : 4/150
Asal hukum dalam ibadat adalah dilarang, maka tidak disyariatkan daripadanya melainkan apa yang disyariatkan oleh Allah & RosulNYA. Manakala asal hukum di dalam muamalat dan kepenggunaan seluruhnya adalah harus, maka tidak diharamkan melainkan apa yang diharamkan oleh Allah & RosulNYA
As-Syeikh Abd.Rahman As-Sa’di : Tafsir Al-Latif Al-Mannan Fi Khulasah Tafsir Al-Ahkam, 1/299
Asal hukum di dalam ibadat adalah apa yangdisyariatkan. Dan setiap bid’ah adalah kesesatan, inilah makna penyaksian bahawasanya Muhammah adalah Rosul Allah
As-Syeikh Abd.Rahman ibn Muhammad Al-Hanbali : Hasyiah AL-Usul AL-Thalathot, 1/91
Asal hukum dalam semua perkara adalah harus kerana Allah telah mencipta bagi hambaNYA semua benda di atas muka bumi untuk mereka manfaatkannya, melainkan apa yang diharamkan olehNYA S.W.T. Asal hukum di dalam ibadat adalah dilarang dan bersandarkan dalil, melainkan apa yang thabit di dalam syarak ia disyariatkan oleh Allah Azza Wa Jalla atau dari Rasulillah S.A.W
As-Syeikh Said ibn `Ali Al-Qahtani : Fiqh Al-Da’wah Fi Sohih AL-Imam Al-Bukhori, 4/195
Asal hukum di dalam ibadat adalah terbatal melainkan apa yang disyariatkan oleh Allah & RosulNYA
Ibn Qoyyim Al-Jawziyyah : Ahkam Ahli Al-Dhimmah, 1/121
Maka dengan membanci usul syariah, kita mengetahui bahawa ibadat-ibadat yang diwajibkan oleh Allah atau yang disukai oleh Allah tidak thabit (kewujudannya) melainkan dengan dalil syarak. Adapun adat, adalah kebiasaan manusia tentang dunia mereka daripada apa yang diperlukan oleh mereka, dan asal hukum di dalam hal ini adalah tidak dilarang. Oleh itu, tidak dilarang yang melainkan apa yang dilarang oleh Allah S.W.T. Demikian itu kerana perintah dan larangan adalah syariat Allah dan ibadat tidak boleh tidak mestilah sesuatu yang diperintahkan, maka apa-apa yang tidak thabit bahawa ia diperintahkan bagaimana hendak dihukum bahawa ia adalah ibadah? Begitu juga sesuatu yang tidak thabit di dalam ibadat bahawa ia dilarang, bagaimana boleh dihukum bahawa ia dilarang? Oleh demikian, Ahmad (Ibn Hanbal) dan selain beliau dari kalangan Fuqaha’ ahli hadith berkat, Sesungguhnya asal hukum di dalam ibadat adalah tawqif, maka tidka disyariatkan daripadanya melainkan apa yang disyariatkan oleh AllahTa’ala
As-Syeikhul Islam Ibn Taimiyah : Majmu Fatawa, 6/542
`Amalan terbahagi kepada 2; ibadat dan muamalat. Adapun ibadat apa-apa sahaja daripadanya yang keluar dari perintah Allah dan RosulNYA secara keseluruhannya, maka ia tertolak kepada pelakunya. Pelakunya termasuk di dalam maksud ayat . Oleh itu, barangsiapa mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu `amalan yang tidak dijadikan oleh Allah dan RosulNYA sebagai ibadat, maka `amalan itu adalah bathil dan tertolak kembali kepadanya. Ini sama seperti orang-orang yang solat di Al-Bait (Masjidil Haram) secara
bersiul-siul dan bertepuk tangan. Sesungguhnya Nabi S.A.W telah melihat seorang lelaki yang berdiri di bawah panas matahari, lalu Baginda bertanya tentangnya, dijawab kepada Baginda : Sesungguhnya dia (lelaki itu) bernazar untuk berdiri dan tidak duduk, tidak berteduh dan berpuasa. Nabi S.A.W mengarahkan dia supaya duduk dan berteduh, juga mengarahkannya meneruskan puasanya(HR Bukhori, Abu Daud dll). Maka Rosul tidak menjadikan perbuatan berdiri dan berpanas di bawah matahari itu sebagai qurbah (perbuatan mendekatkan diri kepada Allah) yang perlu dipenuhi lantaran nazarnya.
Ibn Rajab Al-Hanbali : Jami’al `Ulum Wa Al-Hikam, 7/3