Untuk menyelesaikan sesuatu masalah, kadang-kadang, tak perlukan seorang hero muncul. Dan orang Malaysia terutama orang bandar amat maklum tentang perkara itu.
Beberapa hari sebelum puasa, aku lepak dengan Esis di restoren NZ di Wangsa Maju. Saja. Minum-minum.
Sedang borak-borak sambil minum dan makan, tiba-tiba ada orang bergaduh di belakang meja kami. Tag-team. Dua orang lelaki mendakwa mereka ditipu oleh seorang perempuan yang ditemani oleh seorang lelaki. Bermula dengan cakap-cakap, kemudian tengking menengking dan seterusnya meja terbalik dan beberapa gelas dan pinggan pecah. Makan bertaburan.
Keadaan menjadi kecoh. Tapi kecoh antara mereka berempat saja. Yang lain-lain? Hanya perhati. Aku dan Esis juga hanya memerhati. Sesiapa pun tak mahu menjadi hero untuk meleraikan pertikaian tersebut.
Dan pertikaian itu terlerai sendiri. Tanpa seorangpun dari kami yang tampil menjadi hero. Pertikaian seperti itu tak perlu ada hero. Dan orang Malaysia terutama orang bandar amat maklum tentang perkara itu.
Termasuklah kalau ada kemalangan di jalanraya?
Emm patutlah!
Kerajaan dan Sekolah: Dari Era ‘Laissez Faire’ ke Sentralisasi
Sejam yang lalu