Makan.. Sesuatu perkara yang sangat menarik.. namun kadangkala istilah "makan" ditukar kepada satu istilah yang lebih kasar dan memedihkan seperti "melantak" atau "mentekedarah". Istilah ini boleh bertukar mengikut situasi. Umumnya, selepas makan kita akan rasa kenyang. Namun ada juga situasi yang buat kita bengang.
Di sini aku nak cerita sikit kenapa aku makan minggu lepas jadi "melantak".. kisahnya bermula begini..
Pada satu tengahari yang boleh dikatakan panas membahang aku pergi la ke sebuah restoran melayu untuk "melantak". Restoran ni jual nasi campur la.. Kalau dilihat juadah yang dihidang atas meja tu kira fullamak!!! pergh!! kecur air liur aku.. Dengan lauk yang pelbagai jenis, ulam-ulaman yang segar dan pelbagai lagi "side dishes" yang hebat-hebat.
Aku ambik la sepinggan nasi. aku nampak kuah masak lemak cili api daging salai cukup memikat. Terus aku ceduk kuah tu. Tersangkut pulak dua ketul (agak agak la.) daging salai tu. takpe la. aku nampak pula tempe goreng. aku ambik sepotong. nampak pulak ikan kering.. nak ambik sekor takut tak habis.. aku ambik la ikan kering yang dah terpotong.. kira sebelah la. Seterusnya, aku ambik la ikan keli bakar.. dengan air asamnya skali.. sambil ambik lauk tu, ada la abg tu tanya nak minum apa, aku cakap la teh o ais. ok la..
Lepas tu aku terus ke kaunter bayar, tanya akak tokey kedai tu.. " berapa ni kak?" akak tu jeling sikit sambil kata " makan dulu" ringkas sungguh.
Lepas makan, aku pegi la ke kaunter bayaran, nak bayar la ni. Berapa kak? akak tu tanya " makan apa tadi?"
Apa la aku nak cakap ni. memang susah nak recall balik benda secubis dan secubit aku ambik tadi. So aku sebut la mana yang terlintas.. Bila dah abis sebut semua yang ingat, dia cakap " RM 8.30" .. fuh.. hebat. Bukan nak kata berkira apa yang aku makan.. tapi sakit hati la jugak bila kena sebut semua pastu dia charge macam aku ambik selambak je.
Macamana meniaga nak maju kalau macam ni la cara meniaga. Taknak cakap, haram, kalau cakap, kena ketuk habis habisan..
Hari tu memang aku "melantak".
Mazhab (Sosiologi) Pendidikan: Punca Kita Sukar Sependapat
2 hari yang lalu